Hukum Solat Jumaat Jika Hari Raya Aidilfitri Pada Hari Sama, Ini Penjelasan Mufti WP
Hukum solat Jumaat tetap wajib walaupun telah solat sunat Hari Raya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perkara seperti ini jarang berlaku tetapi akan ada harinya di mana Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat
Tinggal sehari sahaja lagi rakyat Malaysia beragama Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri sama ada hari Jumaat atau Sabtu.
Jika Hari Raya jatuh pada hari Jumaat ini, penjelasan hukum solat Jumaat jika Hari Raya Aidilfitri.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Malaysian GazetteSolat Jumaat wajib bagi mereka yang cukup syaratnya
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan (Mufti WP), hukum solat Jumaat adalah wajib bagi mereka yang mencukupi segala syaratnya.
Solat Jumaat tetap wajib walaupun telah Solat Hari Raya.
Dalil disyariatkan dan diwajibkan solat Jumaat berdasarkan firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).[1]
(Surah al-Jumu'ah: 9)
Antara dalil wajib solat daripada hadith pula ialah, daripada Toriq bin Syihab RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
الْجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
Maksudnya: "Solat Jumaat adalah tanggungjawab yang wajib atas setiap lelaki Muslim."
Riwayat Abu Daud (1067)
Solat Jumaat tetap wajib sekalipun telah dilakukan Solat Hari Raya.
Solat Jumaat asalnya adalah wajib, oleh itu, walaupun sudah bersembahyang solat Hari Raya, Solat Jumaat tetap wajib.
Ini adalah pendapat Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie dan sebahagian daripada Hanabilah.
Hukum Solat Jumaat sunat bagi mereka yang melaksanakan Solat Hari Raya adalah pendapat daripada mazhab Hanbali.
Hukum Solat Hari Raya
Solat hari raya ialah sunat muakkad kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehinggalah Baginda wafat. Hal ini sama buat para sahabat Baginda yang terus melakukannya selepas itu.
Solat Hari Raya ini tidak wajib tetapi sangat dituntut.
Mufti WP juga berpesan kepada imam yang bertugas pada hari Jumaat ketika Hari Raya hendaklah memendekkan khutbah Jumaat dan meringkaskannya dengan meraikan segala rukun.

Khutbah yang berfungsi sebagai nasihat dan peringatan pada waktu pagi ketika solat Hari Raya sudah pun diberikan.
Khutbah yang ringkas juga menenangkan para jemaah solat kerana pada Hari Raya ramai orang mempunyai agenda ziarah masing-masing atau menerima tetamu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via