Ibu Kecewa Keluarga Diarah Turun Pesawat Gara-Gara Kerusi Khas Anak Cerebral Palsy

Dia turut mendakwa tiada sebarang usaha dilakukan untuk berbincang atau mencari jalan penyelesaian sebelum mereka diminta meninggalkan pesawat.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hasrat sebuah keluarga untuk pulang ke Kuching bertukar menjadi pengalaman memeritkan apabila mereka didakwa diarahkan turun dari pesawat hanya kerana penggunaan kerusi khas milik anak mereka yang menghidap cerebral palsy kuadriplegik

Menerusi perkongsian tular di Facebook, Syarifah Ella Wan Wahab meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa tiada penjelasan jelas diberikan pihak syarikat penerbangan mengenai keputusan saat akhir itu.

Menurutnya, dia bersama suami, tiga anak kecil dan pembantu rumah sudah selesai melalui semua prosedur termasuk daftar masuk, imigresen serta menaiki pesawat sebelum dimaklumkan bahawa juruterbang tidak membenarkan penggunaan kerusi khas berkenaan.

Syarifah Ella berkata, kerusi khas digunakan anaknya bukan sebarangan kerana sudah mendapat kelulusan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA).

Malah katanya, pihak lapangan terbang turut dimaklumkan lebih awal mengenai keadaan anaknya yang lumpuh akibat cerebral palsy.

"Mereka sudah tanya umur, berat badan anak, berat kerusi dan keadaan kesihatannya sebelum benarkan kami naik pesawat. Jadi kami sangka tiada masalah," katanya.

Lebih menyedihkan, dia mendakwa anaknya pernah menggunakan kerusi sama dalam banyak penerbangan sebelum ini termasuk dengan syarikat penerbangan terbabit tanpa sebarang isu.

Menurut Ella, dia memahami hak juruterbang dalam menentukan aspek keselamatan penerbangan, namun terkilan kerana keluarganya tidak diberi penjelasan terperinci

"Kami cuma diberitahu itu polisi syarikat. Tapi keselamatan apa yang menjadi isu? Kerusi itu atau keadaan anak saya?" katanya lagi.

Dia turut mendakwa tiada sebarang usaha dilakukan untuk berbincang atau mencari jalan penyelesaian sebelum mereka diminta meninggalkan pesawat.

Katanya, sekiranya isu melibatkan kerusi khas itu, alternatif lain seperti menyimpan kerusi di ruang kargo dan memangku anak ketika berlepas serta mendarat mungkin boleh dipertimbangkan.

Tambah Ella, hanya selepas beberapa kali meminta penjelasan, kru memaklumkan polisi syarikat menetapkan kerusi khas hanya untuk kanak-kanak berusia enam bulan hingga tiga tahun dan tidak melebihi berat 18 kilogram

Namun di mempersoalkan sama ada polisi tersebut benar-benar sesuai untuk diaplikasikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas.

"Anak saya guna kerusi FAA itu bukan sebab dia bayi, tapi kerana keperluan perubatan dan keselamatannya sendiri. Kanak-kanak kurang upaya tak sepatutnya disamakan dengan polisi biasa kerana keadaan mereka sangat berbeza," ujarnya.

Selepas dibawa keluar dari pesawat, keluarga itu dikatakan ditawarkan untuk menaiki penerbangan lain beberapa jam kemudian. Bagaimanapun, mereka dimaklumkan kemungkinan situasi sama boleh berulang jika juruterbang penerbangan seterusnya membuat keputusan serupa.

Disebabkan itu, Ella dan suami memilih untuk tidak mengambil risiko tambahan, lebih-lebih lagi mereka turut membawa dua lagi anak kecil berusia satu tahun enam bulan dan empat bulan.

Ella yang juga petugas kesihatan berkata, beliau bukan mempertikaikan soal keselamatan, sebaliknya berharap golongan kanak-kanak kurang upaya diberi layanan lebih empati dan profesional.

Terbaharu, Ella memaklumkan pihak AirAsia telah menghubunginya dan memberikan penjelasan

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: