Info Penuh Kesemua 104 Perlawanan Piala Dunia 2026 & Rakyat Malaysia Boleh Tonton Secara Percuma!
Debaran kian terasa, jangan lupa tengok!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Debaran semakin memuncak apabila saingan bola sepak paling berprestij dunia, Piala Dunia FIFA 2026, bakal membuka tirainya dalam tempoh kurang 12 jam lagi

Perlawanan pembukaan akan menyaksikan tuan rumah Mexico turun menentang Afrika Selatan dalam aksi yang dijangka mencuri tumpuan jutaan peminat bola sepak di seluruh dunia.
Walaupun penganjuran kali ini tidak terlepas daripada pelbagai kontroversi, khususnya melibatkan Amerika Syarikat selaku salah satu negara tuan rumah, tumpuan kini beralih kepada aksi di atas padang yang bakal menghimpunkan 48 pasukan terbaik dunia.
Format baharu yang diperkenalkan FIFA turut menjanjikan pengalaman berbeza apabila jumlah pasukan dan perlawanan meningkat dengan ketara berbanding edisi terdahulu.
Lebih menarik, peminat bola sepak di Malaysia berpeluang menyaksikan kesemua 104 perlawanan Piala Dunia 2026 secara percuma menerusi rangkaian saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM)
Berdasarkan jadual siaran yang dikongsikan RTM, perlawanan-perlawanan kejohanan itu akan disiarkan menerusi TV Okey, Sukan+, TV2 dan TV1, selain boleh distrim melalui aplikasi RTMKlik.
Difahamkan, lebih 90 perlawanan akan disiarkan secara langsung, manakala sebahagian kecil lagi akan ditayangkan secara siaran tertunda.
Bagi peminat yang tidak mahu terlepas walau satu minit aksi Piala Dunia, kesemua 104 perlawanan boleh ditonton secara langsung menerusi Unifi TV.
Pakej khas Piala Dunia yang ditawarkan bernilai RM60 untuk pelanggan baharu, manakala pelanggan sedia ada hanya perlu membayar RM50.
Dengan 104 perlawanan, format baharu 48 pasukan serta kehadiran kuasa-kuasa besar bola sepak dunia, edisi 2026 dijangka menjadi antara Piala Dunia paling meriah dalam sejarah kejohanan itu.
Lihat jadual aksi peringkat kumpulan Piala Dunia 2026 di bawah:


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via