Inisiatif Stesen Minyak Guna Cara Kreatif Jimatkan Penggunaan Beg Plastik Dipuji
Idea yang sangat bernas, kita perlukan banyak lagi tempat lain lakukan perkara yang sama.
Cover image via @KL_Reporter / XFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penggunaan beg plastik dan bayaran caj tambahan 20 sen sudah menjadi norma buat rakyat Malaysia
Namun, pada tahun 2026 beberapa dasar baru telah memperketatkan lagi daripada hanya memberikan caj sebaliknya kepada larangan sepenuhnya di beberapa negeri.
Mengecaj 20 sen dilihatkan sebagai insiatif yang kurang berjaya untuk mengubah tabiat pengguna secara drastik yang hanya memilih untuk terus membayar tanpa membawa beg sendiri.
Baru-baru ini dikongsikan oleh @KL_Reporter di X, stesen minyak Petronas Taman Setiawangsa telah menggunakan satu idea kreatif untuk menghadapi isu kitar semula beg.

Stesen ini menyediakan tempat meletak beg lama untuk diguna semula
Daripada mengecaj pengguna 20 sen, stesen minyak ini sebaliknya menyediakan satu sudut untuk orang ramai menderma beg-beg lebih yang mereka ada untuk diguna semula oleh pelanggan lain.
"Petronas Taman Setiawangsa mengadakan inisiatif kempen beg untuk mempromosikan kelestarian dengan menggunakan semula beg-beg yang memenuhi rumah anda" seperti yang terpapar di poster.

Jika anda mempunyai beg guna semula yang lebih bolehlah menderma kepada stesen minyak ini untuk kemudahan orang ramai.
Stesen minyak ini juga menerima pelbagai jenis beg untuk diguna semula seperti beg kertas, beg beli-belah dan beg tote.
"Kami mahu membantu komuniti untuk menggunakan sepenuhnya jangka hayat setiap beg," katanya lagi di poster.
Rata-rata komen di ciapan itu sangat bersetuju dengan idea ini dan ada yang memberitahu bahawa pusat beli-belah besar seperti The Curve dan 1 Utama juga mempunyai tempat yang sama untuk beg guna semula.
"Boleh tak buat perkara sama di pasaraya juga? Saya ada banyak beg merah dari Jaya Grocer dan beg merah jambu dari Aeon," kata @Kluv97J di X.
"Idea yang bernas," kata seorang pengguna X.
"Sekarton beg kain dan beg tote saya ada. Inilah masanya untuk bersinar!," ujar @M0rfol0gicca di X.
"Saya suka Petronas sini. Layanan baik dan selesa setiap kali datang. Tahniah buat pengurus dan staf," ujar @harythimy di X.

Buat orang ramai, jika anda mempunyai beg-beg berlebihan seperti ini, adalah lebih baik jika anda menderma untuk kegunaan orang lain supaya tidak membazir.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


