Isu ‘Office Wife-Husband’ Mufti Perak Beri Garis Panduan Elak Hubungan Emosi Di Tempat Kerja

Walaupun bermula dengan niat berkawan, hubungan ini boleh berkembang menjadi ikatan emosi yang tidak sihat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo! & Her World

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam dunia kerja hari ini, hubungan rapat antara rakan sekerja sering dianggap normal

Lebih-lebih lagi apabila mereka saling membantu, berkongsi tekanan kerja dan menjadi tempat bergantung. Namun, di sebalik keakraban itu, muncul satu fenomena yang semakin diperkatakan iaitu 'office wife' dan 'office husband'.

Istilah ini merujuk kepada hubungan terlalu mesra antara dua rakan sekerja berlainan jantina, seolah-olah menggantikan peranan pasangan sebenar di pejabat.

Walaupun bermula dengan niat berkawan, hubungan ini boleh berkembang menjadi ikatan emosi yang tidak sihat.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Her World

Jabatan Mufti Negeri Perak tampil memberi penjelasan di Facebook bahawa situasi ini bukan sekadar isu sosial biasa, malah boleh membawa kepada pelanggaran batas syarak jika tidak dikawal

Islam sememangnya tidak melarang wanita bekerja, malah mengiktiraf peranan mereka selagi adab dan batas pergaulan dijaga.

Apa yang menjadi kebimbangan ialah apabila hubungan kerja mula melangkaui urusan profesional. Berkongsi masalah rumah tangga, bergurau berlebihan, makan berdua atau berbalas mesej peribadi hingga lewat malam boleh membuka ruang kepada zina hati, iaitu keterikatan emosi yang salah.

Antara garis panduan penting yang ditekankan termasuk menjaga pandangan, menutup aurat dengan sempurna serta mengelakkan situasi berdua-duaan di tempat tertutup.

Selain itu, cara komunikasi juga perlu dijaga

Elakkan nada manja, gurauan melampau atau penggunaan kata-kata berbaur 'double meaning'.

Dalam konteks moden, adab digital juga tidak terkecuali. Menghantar emoji romantik, voice note beremosi atau berbual di luar waktu kerja tanpa keperluan boleh menjadi permulaan kepada hubungan yang tidak sepatutnya.

Bagi mereka yang sudah berkeluarga, keutamaan emosi seharusnya diberikan kepada pasangan. Jika wujud rasa chemistry dengan rakan sekerja, langkah terbaik adalah menjauhkan diri dan menetapkan sempadan yang jelas.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo!

Dalam masa sama, organisasi juga memainkan peranan penting dengan menyediakan polisi pergaulan, garis panduan etika serta saluran aduan selamat bagi menangani isu gangguan atau hubungan tidak profesional.

Kesimpulannya, hubungan baik di tempat kerja memang penting, tetapi jangan sampai melampaui batas hingga menjejaskan maruah diri dan keharmonian rumah tangga. Kadang-kadang, garis halus antara profesional dan peribadi itulah yang paling perlu dijaga.

Lihat posting di bawah:

SAYS.com
Image via Jabatan Mufti Negeri Perak (Facebook)
SAYS.com
Image via Jabatan Mufti Negeri Perak (Facebook)
SAYS.com
Image via Jabatan Mufti Negeri Perak (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: