Isu Skandal Penyelewengan Dana RM230 Juta, Zakat Selangor Tampil Beri Penjelasan Rasmi

Difahamkan, siasatan lanjut berhubung kes berkenaan masih diteruskan oleh pihak berkuasa.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo! & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menegaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes penyelewengan dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta yang kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Khaidzir Shahari berkata, kes tersebut melibatkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tidak berkaitan dengan Zakat Selangor atau pengurusan dana oleh institusi berkenaan.

"Kes melibatkan sebuah NGO itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Zakat Selangor atau pengurusan zakat institusi ini," katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya mengambil maklum laporan media berhubung penahanan beberapa individu bagi membantu siasatan kes tersebut. Walau bagaimanapun, Zakat Selangor tidak akan mengulas lanjut memandangkan siasatan masih berjalan.

SAYS.com
Image via Kosmo!

Menurutnya, Zakat Selangor beroperasi sebagai institusi zakat rasmi negeri di bawah seliaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang ditetapkan

Tambah beliau, pengurusan dana zakat dilaksanakan menerusi sistem tadbir urus yang komprehensif, termasuk kawal selia serta semak imbang yang menyeluruh.

Proses tersebut turut melibatkan pelbagai lapisan audit dan pemantauan, sama ada secara dalaman mahupun luaran, bagi memastikan ketelusan dan integriti pengurusan dana.

Terdahulu, media melaporkan dua lelaki termasuk seorang timbalan pengerusi NGO berusia 57 dan 61 tahun telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana tersebut

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: