Jambatan Batang Lupar 1 Yang Terpanjang Rentas Sungai Di Malaysia Kini Dibuka Secara Rasmi

Jabatan ini menghubungkan Sebuyau dan Triso menggantikan perkhidmatan feri.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Free Malaysia Today & JKR Sarawak

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jambatan terpanjang merentasi sungai di Malaysia kini telah dibuka secara rasmi semalam

Untuk rekod, Jambatan Batang Lupar 1 telah dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurut laporan dari Harian Metro, projek ini telah dilaksanakan di bawah Pakej D2B: Cadangan Pembinaan dan Penyiapan Jambatan Batang Lupar 1, Bahagian Samarahan/Betong dan dianggap sebagai projek infrastruktur paling ikonik untuk Sarawak.

SAYS.com
Image via Sarawak Edition

Jambatan Batang Lupar 1 mempunyai kepanjangan 4.8 kilometer

Walaupun lebih pendek daripada Jambatan Pulau Pinang yang mempunyai 13.5 km (8.4 km merentasi laut), jambatan baru di Sarawak ini adalah yang terpanjang merentasi Sungai Batang Lupar yang merupakan antara sungai yang mempunyai muara yang luas dan lebar di Malaysia.

Selain itu, jambatan baru ini mempunyai dua lorong sepanjang 4.8 km dan menampilkan rentangan utama kabel sepanjang 598.8 m dengan kelegaan navigasi selebar 250 m dan ketinggian 26 m. Projek ini juga membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM8.48.7 juta.

SAYS.com
Image via Harian Metro / JKR

Jambatan ini menghubungkan kawasan Sebuyau dan Triso menggantikan perkhidmatan feri yang telah lama digunakan untuk merentasi sungai itu.

Pembukaan jambatan ini bakal memberikan manfaat besar buat penduduk setempat dengan sistem pengangkutan lebih selamat, pantas dan lancar.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: