Jammed Luar Biasa Mulai Esok Hingga Ahad, 2.2 Juta Kenderaan Dijangka Keluar – PLUS

Rancang perjalanan anda terlebih dahulu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Free Malaysia Today & The Star

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan hampir 2.2 juta kenderaan sehari akan menggunakan rangkaian lebuh raya PLUS

Dilaporkan oleh Bernama, tempoh penggunaan tinggi ini akan bermula dalam tempoh pergerakan pulang ke ibu kota selepas berakhirnya cuti perayaan berganda mulai esok hingga Ahad ini.

PLUS juga memaklumkan peningkatan ini melibatkan kombinasi pergerakan trafik jarak jauh dan perjalanan antara bandar-bandar utama menuju ke Lembah Klang selepas tamatnya cuti Aidiladha serta cuti persekolahan.

SAYS.com
Image via paultan

Pengguna dinasihatkan merancang perjalanan pulang mengikut waktu dicadangkan

PLUS menasihati orang ramai untuk merancang perjalanan mereka dengan lebih baik dan juga mengikut jadual yang ada di dalam MyPLUS-TTA untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

"Pengguna dinasihatkan supaya mengikuti jadual MyPLUS-TTA yang boleh diakses menerusi aplikasi PLUS dan merancang perjalanan pulang mengikut waktu yang dicadangkan. Langkah ini penting bagi membantu mengimbangi aliran trafik serta mengurangkan kesesakan di lokasi tumpuan sepangjang lebuh raya," kata PLUS.

SAYS.com
Image via New Straits Times

PLUS juga bakal mengaktifkan laluan Smart Lane di kesemua 33 lokasi tumpuan sepanjang lebuh raya selain memastikan kemudahan awam di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan hentian sebelah seperti gerai makanan dan minuman beroperasi 24 jam.

Orang ramai boleh menghubungi PLUSLine menerusi talian 1800-88-0000 atau LPT2Line 1800-88-0220 jika memerlukan bantuan kecemasan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: