Jemaah Haji Malaysia Dipuji Ramai, Khemah Mina Kekal Bersih Selepas Ditinggalkan

Inilah mentaliti kelas dunia.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jemaah haji dari Malaysia baru-baru ini mendapat pujian ramai kerana keadaan khemah di Mina yang ditinggalkan dalam keadaan yang bersih dan kemas

Keadaan khemah-khemah itu ditinggalkan seolah-olah seperti awalnya sebelum jemaah masuk.

Menurut laporan dari Harian Metro, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan mengatakan jemaah haji Malaysia menunjukkan cerminan akhlak, disiplin dan adab yang tinggi.

"Selesai urusan di Masyair, khemah-khemah penginapan di Mina ditinggalkan dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. Inilah cerminan akhlak, disiplin dan adab yang menjadi identiti jemaah haji Malaysia." kata beliau.

Beliau telah membuat satu ciapan menerusi Facebook sambil berkongsi beberapa gambar keadaan khemah-khemah di Mina selepas semuanya pulang kembali ke Mekah setelah selesai melontar jamrah.

SAYS.com
Image via YB Senator Dr. Zulkifli Hasan / Facebook

Mentaliti jemaah haji Malaysia berkelas dunia

Beliau juga menyatakan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia kerana menunjukkan mentaliti yang berkelas dunia.

"Perkara kecil, tetapi impaknya besar. Budaya menjaga kebersihan dan menghormati kemudahan awam inilah yang menjadikan Malaysia sentiasa dipandang tinggi di peringkat antarabangsa.

Tahniah kepada seluruh jemaah haji Malaysia dan para petugas yang telah menunjukkan contoh terbaik kepada dunia,"
katanya.

SAYS.com
Image via YB Senator Dr. Zulkifli Hasan / Facebook

Di samping itu, ini adalah hasil inisiatif bersama Tabung Haji dan jemaah Malaysia mengadakan Kempen Kebersihan Masya'ir dengan slogan "Kebersihan Mencerminkan Kemabruran Haji".

SAYS.com
Image via YB Senator Dr. Zulkifli Hasan / Facebook

Dr. Zulkifli juga menekankan jemaah kita bukan sekadar menunaikan ibadah, tetapi membawa imej Islam dan Malaysia dengan penuh ihsan.

"Budaya ini adalah kebanggaan kita semua dan pasti menjadi rujukan dunia.

"Setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh jemaah haji Malaysia dan semua petugas yang bertungkus-lumus memastikan operasi haji berjalan lancar,"
katanya lagi.

SAYS.com
Image via YB Senator Dr. Zulkifli Hasan / Facebook

Malaysia baru-baru ini telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dalam pengurusan haji dan berjaya mempertahankan Anugerah Labaittom bagi kategori tertinggi daripada kerajaan Arab Saudi buat kali kelima berturut-turut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: