Jual MC Palsu Harga RM50 Hingga RM200, 5 Individu Termasuk Jururawat Ditahan

Difahamkan, semua suspek bertugas di sebuah klinik kesihatan yang sama.

Enlarge text
Cover ImageCover image via NSTP / Fazli Ahmad & Scribd

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lima telah ditahan reman termasuk seorang jururawat bagi membantu siasatan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penjualan dan pembelian sijil cuti sakit (MC) palsu

Reman tiga dan empat hari telah dikeluarkan oleh Majistret Melody Woon Sze Mun ke atas semua suspek berusia 30 hingga 55 tahun.

Menurut laporan dari Berita Harian, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin mengatakan kesemua suspek bertugas di sebuah klinik kesihatan di Pekan dan telah ditahan diantara jam 3 petang dan 10 malam semalam.

SAYS.com
Image via NSTP / Fazli Ahmad

Aktiviti terbongkar selepas dikesan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan

Kegiatan sindiket ini terbongkar selepas PKD Pekan berjaya mengesan aktiviti penjualan MC yang telah menggunakan dokumen rasmi kerajaan dan dikeluarkan secara tidak sah di klinik kerajaan tersebut.

Setelah hasil siasatan dalaman, PKD Pekan mendapati MC berkenaan menggunakan nama, cop dan tandatangan seorang pegawai perubatan yang telah tiga tahun berpindah dari situ.

"Bagaimanapun pegawai perubatan itu sudah bertukar ke hospital di luar daerah Pekan sejak 2023 dan susulan itu agensi berkenaan membuat laporan polis pada 10 jun lalu," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Cikgu Share

Dua lelaki dan seorang wanita disyaki telah menjadi orang tengah menjual MC, manakala jururawat wanita berusia 55 tahun menjadi pembekal dokumen tersebut.

Polis juga turut menahan seorang pekerja kilang lelaki berusia 34 tahun yang membeli MC palsu terbabit.

Turut dipercayai kumpulan berkenaan telah menjual MC itu di antara RM50 hingga RM200 sekeping.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 468 Kasnun Keseksaan kerana pemalsuan bagi maksud menipu dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: