Kajian MEF Dedah Lebih 4 Juta Pekerja Malaysia Sebenarnya Pura-Pura Sakit & Tipu MC

Untuk rekod, penipuan MC boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Gambar janaan AI & Cikgu Share

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sijil cuti sakit (MC) adalah dokumen yang membolehkan pekerja yang benar-benar tidak sihat mendapatkan rehat secukupnya sebelum kembali bertugas

Isu penyalahgunaan MC tetap berlaku dalam kalangan segelintir pekerja sehingga terdapat sindiket yang sanggup menjual dokumen rasmi ini secara tidak sah.

Baru-baru ini terdapat kes lima individu yang ditangkap termasuk seorang jururawat yang telah menjual MC bermula dengan harga RM50 hingga RM200 sekeping.

Sijil ini tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya tetapi data terbaru dari Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyatakan sebaliknya.

Lebih 4 juta pekerja tipu dalam sijil cuti sakit

Menurut kajian MEF, lebih 4 juta pekerja Malaysia didapati pernah berpura-pura sakit atau mendapatkan MC secara tidak sah.

Tambah MEF, angka yang membimbangkan ini adalah sekira-kira 17.49 juta orang di mana 26% daripadanya mengaku pernah mengambil MC secara tidak jujur.

Bukan itu sahaja, 57% majikan juga melaporkan mereka menghadapi situasi pekerja yang mengambil cuti sakit tanpa alasan yang munasabah.

MC adalah dokumen rasmi yang dikeluarkan pengamal perubatan berdaftar dan diiktiraf di bawah Akta Kerja 1995.

SAYS.com

Gambar janaan AI.

Perkara ini juga akan memberikan impak yang bukan sahaja menjejaskan majikan tetapi memberi kesan langsung terhadap produktiviti sesebuah organisasi tersebut.

Kepercayaan antara majikan dan pekerja juga akan menjadi lebih teruk jika budaya kerja ini masih berterusan.

Walaupun mendapatkan MC ketika sakit adalah hak seorang pekerja, tetapi amanah penggunaannya perlulah jujur dan lebih bertanggungjawab.

Perlu diingatkan, majikan juga berhak untuk menolak MC pekerja jika MC tidak dikemukakan dalam tempoh masa ditetapkan, MC tidak dikeluarkan oleh doktor berdaftar dan terdapat bukti salah guna MC.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: