Keluarga Cina Raih Perhatian Ramai Mahir Anyam Ketupat Setiap Kali Menjelang Aidilfitri

Difahamkan, mereka mampu menganyam kira-kira 1,000 ketupat sehari!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro / YouTube

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah keluarga berbangsa Cina mempunyai keistimewaan tersendiri apabila mahir dalam menganyam ketupat

Menurut laporan dari Harian Metro, keluarga unik ini tinggal di Kampung Paya Mengkuang, Gelang Patah, Iskandar Putri, Johor Bahru.

Kebiasaannya, menganyam ketupat sinonim dengan masyarakat Melayu, tetapi tidak untuk keluarga ini.

Ng Meng Chee, 63, mengatakan dia mula belajar menganyam ketupat ketika berusia 26 tahun selepas mempelajarinya daripada ibu mentuanya, Lo Kil Eng, 85.

SAYS.com
Image via Harian Metro / YouTube

Pada mulanya sukar, namun akhirnya dia mahir

Ng mengatakan sukar pada mulanya dan memerlukan enam bulan untuk mahir menganyam ketupat.

"Pada mulanya memang agak sukar, namun selepas cuba dan terus mencuba selama enam bulan barulah saya mahir menganyam ketupat ini," katanya.

SAYS.com
Image via Harian Metro / YouTube

"Meskipun ketupat ini sinonim dengan juadah orang Melayu ketika raya, namun kerana minat saya berjaya menguasai kemahiran ini," tambahnya lagi.

Dia juga menambah ramai, tidak menyangka ada orang Cina yang pandai menganyam ketupat.

"Ada juga yang seakan tidak sangka orang Cina pandai menganyam ketupat, tetapi bila mereka tengok sendiri, baru mereka percaya," katanya ketika ditemu bual, ujar Ng.

SAYS.com
Image via Harian Metro / Azizi Majid

Ng juga mengatakan kesemua enam anaknya, termasuk tiga perempuan berusia 22 hingga 37 tahun, juga mahir dalam menganyam ketupat.

Dia akan menjual ketupat itu di sekitar pasar awam Johor Bahru dan juga menerima tempahan daripada jiran yang majoritinya berbangsa Melayu.

"Saya bertuah kerana anak juga pandai anyam ketupat sejak mereka di bangku sekolah lagi dan mereka inilah yang bantu saya menyiapkan tempahan setiap kali Ramadan dan Aidilfitri.

"Setiap hari saya dan anak-anak mampu menganyam kira-kira 1,000 ketupat, setiap satu dijual pada harga lima hingga enam puluh sen," tambah Ng.

Ng juga turut memasak rendangnya sendiri ketika sambutan Tahun Baharu Cina untuk dimakan dengan ketupat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: