Kementerian Pembangunan Wanita Dedah Kes Gangguan Seksual Terhadap Lelaki Meningkat

Katakan tidak kepada gangguan seksual.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Gambar janaan AI

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kes gangguan seksual membabitkan lelaki kini telah meningkat daripada 27 individu tahun 2024 kepada 45 individu tahun lepas

Berdasarkan laporan dari Harian Metro, data ini diperoleh daripada Tribunal Bagi Antigangguan Seksual (TAGS), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mendedahkan tahun ini sahaja sebanyak 24 mangsa kes jenayah seksual terhadap lelaki direkodkan.

Bagi jumlah mangsa, seorang lelaki telah tampil membuat aduan pada tahun 2024, tetapi meningkat kepada dua pengadu tahun lalu dan seorang lagi direkodkan setakat 17 Mei lepas.

SAYS.com
Image via Gambar janaan AI

Lelaki turut terkesan dengan gangguan seksual

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mengatakan perkara ini membuktikan gangguan seksual bukan hanya melibatkan wanita, tetapi turut memberi kesan kepada lelaki.

"Kita perlu menghormati semua jantina, tidak kira lelaki atau perempuan. Lelaki juga tidak mahu diperlakukan seperti mana wanita yang diganggu.

"Justeru, perkara ini perlu terus diadvokasikan supaya masyarakat tahu tindakan yang boleh diambil sekiranya berdepan situasi sedemikian,"
katanya.

Menurut Nancy, berdasarkan laporan TAGS sebanyak 92 aduan difailkan dan 69 daripada itu berjaya diselesaikan.

SAYS.com
Image via KLSE

Beliau juga menambah, statistik dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menunjukkan trend peningkatan yang membimbangkan dalam kes gangguan seksual.

Sebanyak 477 kes direkodkan pada tahun 2022 dan meningkat kepada 522 kes pada tahun 2023 dan meningkat lagi kepada 788 kes pada tahun 2024 dan melonjak ke 1,038 kes tahun lalu.

Selain itu, Nancy mengatakan Akta Keganasan Rumah Tangga akan dikaji semula untuk memastikan undang-undang sedia ada kekal relevan dan lebih menyeluruh.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

2Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: