Kerajaan Bakal Umum Langkah Untuk Bantu Graduan Yang Masih Menganggur & Dipinggirkan

Difahamkan, langkah tambahan ini mahu memastikan graduan yang masih menganggur tidak akan disia-siakan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via BERNAMA & Berita Harian / Eizairi Shamsudin

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan bakal mengumumkan langkah tambahan untuk membantu kolompok yang tersisih daripada peluang pekerjaan

Langkah ini juga termasuklah siswazah dan lepasan diploma yang masih tidak mempunyai kerja.

Menurut laporan daripada Sinar Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan kerajaan sedar mengenai keperluan untuk memperluaskan lagi peluang pekerjaan kepada kumpulan berkenaan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bernama

Isu ini lebih mendesak dalam keadaan krisis ekonomi akibat perang Asia Barat

"Saya akan umumkan langkah tambahan supaya kelompok yang tersisih daripada ruang pekerjaan termasuk siswazah menganggur dan lulusan diploma.

"Kita akan umumkan dalam tempoh terdekat,"
kata beliau ketika di sidang akhbar Sesi Meja Bulat Bersama Institusi Kewangan.

SAYS.com
Image via BERNAMA

Beliau juga menjelaskan, kadar pengangguran negara setakat ini kekal pada 2.9% dan dilihat sebagai yang terbaik dalam tempoh 10 tahun.

"Kita tahu dalam keadaan menghadapi krisis ekonomi lanjutan akibat perang di Asia Barat, kita harus mengambil beberapa langkah baharu dan langkah siap siaga. Usaha ini dilakukan dengan mengambil kira keperluan mempertahankan kedudukan dan pertumbuhan ekonomi.

"Petanda makroekonomi negara itu sudah sangat baik. Sehingga menjelang suku pertama tahun ini, unjuran BNM bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga baik iaitu antara empat hingga lima peratus dalam keadaan negara mula merasai tempias ekonomi akibat krisis. Ini agak unik dan membanggakan berbanding negara lain,"
tambah beliau lagi.

Menurut beliau, walaupun terdapat beberapa sektor yang terjejas, namun pertumbuhan sektor baru dapat dilihat semakin menyerlah.

"Kita akui beberapa sektor itu terhambat akibat pergolakan, tetapi terdapat juga sektor baharu yang menonjol termasuk semikonduktor, elektrik dan elektronik (E&E), pusat data serta kecerdasan buatan (AI).

"Saya maklumkan kepada rakan pengurusan bank tentang pengumuman baharu dalam tempoh dua hingga tiga minggu lalu mengenai pelaburan baharu dalam bidang E&E,"
ulas beliau.

Sudah pasti banyak siswazah dan lepasan diploma selepas ini bakal mendapat bantuan untuk memastikan mereka tidak lagi disisihkan daripada mendapat pekerjaan dan kemahiran mereka tidak disia-siakan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: