Khazanah Baharu Malaysia, Pelajar UMS Temui 5 Spesies Kulat Belum Pernah Didokumentasikan

Difahamkan, penemuan itu merupakan hasil kajian Muhammad Shahbaz dari Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) yang meneroka kepelbagaian kulat di Borneo.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Bestari

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penyelidikan seorang pelajar PhD Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya menemukan satu spesies baharu kulat entomopatogenik atau dikenali sebagai 'kulat zombi', selain merekodkan lima spesies kulat yang belum pernah didokumentasikan di Malaysia

SAYS.com
Image via Sinar Bestari
SAYS.com
Image via Sinar Bestari

Penemuan itu merupakan hasil kajian Muhammad Shahbaz dari Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) yang meneroka kepelbagaian kulat di Borneo.

Spesies baharu yang dinamakan Leptobacillium geminatum sp. nov. ditemui daripada sampel labah-labah di hutan Sabah dan disahkan melalui analisis morfologi serta DNA.

"Spesies baharu itu ditemui daripada sampel yang diasingkan daripada seekor labah-labah di hutan Sabah dan disahkan melalui pemeriksaan morfologi serta analisis filogenetik berasaskan DNA.

"Kulat berkenaan mempunyai ciri unik yang membezakannya daripada spesies lain dalam genus yang sama, sekali gus menyerlahkan kekayaan biodiversiti Sabah dan potensi penemuan organisma baharu yang masih belum diterokai di kawasan tropika,"
menurut kenyataan IBTP.

Selain penemuan spesies baharu, kajian tersebut turut menilai potensi kulat entomopatogenik sebagai agen antikulat bagi mengawal penyakit tanaman, termasuk penggunaan nanoteknologi untuk meningkatkan keberkesanannya

SAYS.com
Image via Sinar Bestari

Kejayaan berkenaan turut mencerminkan komitmen berterusan IBTP dalam melahirkan generasi baharu saintis selain mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai antara pusat penyelidikan biodiversiti terpenting di rantau ini.

Naib Canselor Kasi Mansor sebelum ini pernah menegaskan bahawa Borneo bukan sahaja merupakan titik panas biodiversiti dunia, malah berfungsi sebagai makmal hidup global yang menawarkan peluang besar kepada penyelidikan saintifik.

Kejayaan itu dilihat mengukuhkan peranan Sabah sebagai hab penyelidikan biodiversiti serta menyokong aspirasi UMS sebagai The Brain of Borneo.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: