KPM Ambil Tindakan, Guru Terlibat Aktiviti Songsang Dikeluarkan Daripada Perkhidmatan

KPM memandang serius penglibatan pegawainya seperti yang dilaporkan dan siasatan dalaman sedang dilakukan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan bahawa guru yang terlibat dalam aktiviti songsang yang dibongkar dalam serbuan baru-baru ini, tidak lagi bertugas di mana-mana institusi pendidikan di bawah kementerian tersebut

Menerusi laporan Sinar Harian, KPM menegaskan bahawa pihaknya memandang serius penglibatan pegawainya seperti yang dilaporkan dan siasatan dalaman sedang dilakukan.

Langkah segera telah diambil bagi memastikan proses siasatan berjalan lancar.

"Tindakan segera telah diambil dengan memastikan pegawai-pegawai terlibat tidak lagi berada di mana-mana institusi pendidikan bawah kementerian hingga proses siasatan selesai," katanya pada Isnin.

SAYS.com

Guru yang terbabit dalam aktiviti songsang tidak lagi berada di mana-mana institusi pendidikan di bawah KPM.

Image via Sinar Harian

Semua ketua jabatan di bawah KPM diarah buat pemantauan bagi memastikan kegiatan tidak bermoral dibanteras

Ujar KPM lagi, semua ketua jabatan telah diingatkan untuk meningkatkan pemantauan dan memastikan kegiatan tidak bermoral dibanteras di setiap peringkat. KPM turut memberi amaran:

"KPM tidak berkompromi dengan perlakuan tidak bermoral ini," ujar KPM.

Media sebelum ini melaporkan, sebuah pusat spa dan kesihatan di Chow Kit, Kuala Lumpur, dijadikan lokasi aktiviti tidak bermoral yang melibatkan golongan lelaki songsang.

SAYS.com
Image via Utusan Malaysia

Kegiatan itu terbongkar hasil operasi bersepadu yang dijalankan oleh Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Serbuan itu dilakukan selepas risikan intensif selama dua minggu.

Operasi yang bermula jam 8 malam itu membawa kepada penahanan seramai 171 lelaki tempatan.

Daripada jumlah tangkapan tersebut, 17 orang disahkan sebagai penjawat awam, termasuk beberapa individu yang berkhidmat sebagai guru.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: