KWSP Umum Penutupan Kaunter Bayaran Caruman Di Seluruh Malaysia Mulai 1 Julai Ini
Difahamkan, ahli & majikan masih boleh membuat bayaran caruman melalui saluran alternatif.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan semua kaunter peresitan di Pejabat KWSP seluruh Malaysia tidak lagi beroperasi
Penutupan ini akan berkuatkuasa pada 1 Julai 2026 tetapi kaunter perkhidmatan KWSP akan beroperasi seperti biasa.
Ini bermakna, ahli dan pekerja masih boleh menggunakan perkhidmatan KWSP yang lain di mana-mana cawangan tetapi bayaran caruman akan menggunakan kaedah lain selain kaunter.

Ahli masih boleh membuat bayaran caruman melalui saluran alternatif:
1. Aplikasi KWSP i-Akaun
2. Perbankan internet
3. Kaunter ejen bank
4. Self-Service Terminal (SST)
4. Perkhidmatan Pasukan Mobile KWSP / Relationship Advisory (RA)
Majikan digalakkan membayar caruman menggunakan portal i-Akaun (Majikan)

Menurut KWSP, perkara ini membolehkan pembayaran caruman lebih lancar.
KWSP juga menjelaskan penutupan Kaunter Peresitan Pejabat KWSP ini tidak akan menjejaskan keupayaan ahli atau majikan untuk membuat caruman kerana saluran pembayaran alternatif lain masih tersedia.
Mereka juga mengesyorkan akan kekal komited untuk terus menambah baik penyampaian perkhidmatan serta memastikan ahli dan majikan dapat berurusan dengan lancar melalui platform yang selamat, mudah diakses dan cekap.
Sebagai rekod, di Malaysia KWSP adalah dana simpanan persaraan utama yang bertujuan untuk membina masa hadapan persaraan yang lebih baik.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via