Lagi Nahas Libatkan Pemandu Mabuk, Enam Cedera Kenderaan Terbalik Angkara Alkohol
Difahamkan, kemalangan berlaku kira-kira jam 1.20 pagi membabitkan sebuah Range Rover Velar 2.0 dan sebuah Mazda E1800 Wagon.
Cover image via CarzautomediaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pihak polis menahan seorang lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol selepas SUV dipandunya merempuh sebuah MPV sehingga mencederakan enam individu di Jalan Pintasan Kajang–Semenyih awal pagi tadi
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof mengesahkan kemalangan pada jam 1.20 pagi itu membabitkan sebuah Range Rover Velar 2.0 dan sebuah Mazda E1800 Wagon.
"SUV terbabit hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang sebuah van sehingga menyebabkan kenderaan itu terbalik di bahu kiri jalan," katanya.


Suspek disahkan positif alkohol dan direman pihak polis dua hari
Beliau menyatakan bahawa siasatan mendapati pemandu SUV berusia 51 tahun itu positif alkohol dan telah ditahan serta direman selama dua hari bagi tujuan siasatan lanjut.
"Pemandu SUV tidak mengalami kecederaan, namun pemandu MPV serta lima penumpang berusia antara tujuh hingga 51 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Kajang dan Hospital Serdang," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara tujuh hingga 10 tahun serta denda berjumlah RM30,000 hingga RM50,000 jika disabitkan kesalahan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


