Lebih 40 Kenderaan Dilaporkan Rentung Dalam Kebakaran Bengkel Tayar Di Shah Alam
Semua kenderaan hangus dijilat api.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lebih 40 kenderaan termasuk motosikal telah hangus dijilat api dalam satu kebakaran besar di sebuah bengkel tayar di Seksyen 24 Shah Alam, Selangor semalam
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, seorang pekerja warga tempatan berusia 30-an juga telah mengalami cedera ringan.
Jabatan bomba telah menerima panggilan kecemasan pada jam 11.31 malam dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dan BBP Bukit Jelutong dan terus bergegas ke lokasi kejadian.
"Premis berkenaan terbakar 90 peratus menyebabkan 38 kereta serta tujuh motosikal musnah," kata Ahmad Mukhlis Mukhtar Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.

Para bomba berjaya berjaya mengawal kebakaran itu pada tengah malam
Kebakaran besar itu telah berjaya dikawal pada jam 12.26 tengah malam dan kesemua operasi pada jam 2:31 pagi tadi.

Tiada mangsa dalam bangunan ketika kebakaran berlaku dan hanya seorang pekerja tempatan sahaja yang melecur di tangan kerana ingin mengubah kenderaan ketika api menjilat bengkel tersebut.
Rawatan awal telah diberikan kepada lelaki itu oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang tidak lama kemudian dihantar ke hospital oleh keluarganya.
Pekerja tempatan tersebut dilaporkan sedang stabil.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


