Lelaki Kongsi Cerita Kenalan Hutang Lesap RM300, Datang Semula Dalam Mimpi Minta Tolong

Jangan main-main bab hutang.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Gambar janaan AI & Bernama

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa sangka orang yang dah lama dilupakan tiba-tiba datang dalam mimpi kita setelah lima tahun

"Setelah lima tahun , tiba-tiba dia muncul dalam mimpi minta tolong. Hampir 2-3 malam, mimpi yang sama," kata @fahmee_pr di Threads.

Orang yang datang dalam mimpinya itu sebenarnya seorang kenalan yang sudah lama meminjam duitnya sebanyak RM300.

Perkongsian dari Threads ini menceritakan pengalamannya pernah meminjamkan wang kepada seorang kenalan, tetapi seperti banyak cerita-cerita hutang lain, peminjam itu lesap selepas mencacinya apabila hutang tersebut ingin dituntut.

SAYS.com
Image via Gambar janaan AI

Cubaan menyiasat selepas tiga hari mimpi perkara yang sama

Selepas mimpi tersebut, Fahmee cuba untuk menyiasat apa yang telah berlaku kepada peminjam tersebut. Alangkah terkejutnya, peminjam tersebut sebenarnya telah meninggal dunia akibat kemalangan tiga bulan sebelum.

"Cakap nak pinjam seminggu. Bila minta balik dia buat bodoh dan banyak ngelat.

"Tengok, dia kerap lepak kafe sedap-sedap, siap bercuti ngan kawan-kawan,"
kata Fahmee di Threads.

Dia juga telah menghalalkan wang yang dipinjamkan itu dan telah lama mengabaikan perkara ini.

"Saya dah halalkan.. Saya dah lama abaikan. Setelah lima tahun dia yang muncul semula dalam mimpi baru-baru ni. Saya masih ingat ayat terakhir dia mesej. 'Ko ni dah la bodoh, tapi miskin pula nak minta-minta duit" lepastu letak emoji gelak banyak-banyak. Saya tak boleh balas kerana sudah dihalang mesej sejurus selepas itu. sejujurnya ia sedikit menyakitkan, tapi sekarang dah tiada sakit hati," katanya.

SAYS.com

Sekadar gambar hiasan.

Image via Ringgitplus

Beberapa netizen lain di komen juga ada menceritakan kes kenalan yang berhutang tetapi tidak mahu bayar atau berpesan mengenai hutang.

"Dengar tu yg suka pinjam duit. Nak masuk syurga pun terhalang sebab tak bayar hutang," kata seorang individu di Threads.

"Lepas baca sampai habis, bukan pasal jumlah hutang RM300 tu yang brader nak sampaikan. Ini adalah adab bila berhutang dengan orang. Brader ni tak terkesan, malah tak miskin pun pasal RM300 tu. Tapi biadap yg meminjam tu buat brader ni terkesan makan dalam. Bagi aku ini adalah contoh yang bagus untuk sebarkan kesedaran kepada orang lain," kata vamos32 di Threads.

"Urusan dgn Allah, Allah boleh maafkan. Urusan sesama manusia. Kena selesaikan sendiri. Tak di dunia, di akhirat. Hutang jgn buat main guys," di Threads.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: