Lesen Boleh Digantung Jika Pemandu Abai Lintasan Belang – JPJ Malaysia
Pesalah akan dikenakan kompaun, denda lebih tinggi jika dibawa ke mahkamah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pemandu yang mengabaikan isyarat lalu lintas dan lintasan pejalan kaki bakal berdepan penalti termasuk penggantungan lesen memandu
Perkara ini dinyatakan susulan dua kejadian viral di kawasan sekolah dan lintasan belang (zebra crossing) di mana terdapat seorang pemandu tidak tertanggungjawab hampir melanggar beberapa kanak-kanak sekolah yang sedang melintas di lintasan belang.
Dilaporkan oleh New Straits Times, Pengarah JPJ, Zulkarnain Yasin mengatakan jabatan itu mempunyai kuasa untuk memanggil pesalah bagi merekod kenyataan di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Peruntukan ini membolehkan pegawai berkuasa mengarah pemandu untuk memberikan maklumat dan kenyataan ketika penyiasatan. Jika didapati bersalah, saman akan diberikan." katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Dewan Bandaraya Kuala Lumpur / FacebookPesalah akan dikenakan kompaun, denda lebih tinggi di mahkamah
Tambah beliau lagi, pesalah boleh dikenakan kompaun sehingga RM300 dan jika dibawa ke mahkamah, pesalah bakal berdepan denda sehingga RM2,000.
"Saya ingin menasihati semua pengguna jalan raya, tidak mengira penunggang motosikal mahupun pemandu kereta untuk mematuhi semua isyarat lalu lintas yang ditetapkan," tegas beliau.

Pengarah JPJ, Zulkarnain Yasin
Image via BernamaKegagalan mematuhi lampu isyarat adalah satu kesalahan serius yang boleh menyumbang kepada mata demerit di bawah sistem Kejara.
Kejara adalah sistem mata demerit yang merekodkan kesalahan trafik seseorang itu yang membolehkan pihak berkuasa untuk menggantung atau membatalkan lesen memandu.
Pemegang lesen yang mempunyai 20 mata demerit berisiko akan digantung atau dibatalkan lesen memandu jika kesalahan terus berulang.
Di bawah Akta Pengangkutan Jalan, pemandu kenderaan perlu memberikan jalan untuk pejalan kaki melintas di lintasan belang. Pemandu wajib memperlahankan kenderaan, berhenti dan membenarkan pejalan kaki untuk melintas atau yang sedang melintas.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via