Maklumat Harga Minyak Petrol & Diesel Naik Sehingga RM2 – RM3 Di Buletin TV3 Sebenarnya Palsu

Difahamkan, maklumat palsu ini tersebar di media sosial.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Maskulin & Buletin TV3

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buletin TV3 hari ini dikejutkan dengan makluman mengenai hantaran tular maklumat mengenai harga minyak palsu

Maklumat ini menggunakan logo dan identiti visual Buletin TV3 dan telah pun disahkan palsu.

Laporan dari Buletin TV3 menegaskan pihak mereka tidak pernah menerbitkan atau mengeluarkan sebarang maklumat mengenai kenaikan harga minyak seperti yang tular ini.

SAYS.com
Image via Buletin TV3Image via

Laporan kepada MCMC telah dibuat oleh Buletin TV3

Buletin TV3 telah membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Buat pengetahuan orang ramai, Buletin TV3 pernah menghasilkan poster berhubung perkembangan ini, tetapi ia berpandukan rujukan rasmi daripada Kementerian Kewangan (MoF).

Penyebaran maklumat palsu jika disabit kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Seksyen 233 (1) (a) yang digunakan untuk kesalahan berkaitan penyebaran kandungan palsu, jelik, atau mengancam di media sosial atau platform komunikasi dalam talian.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: