Malaysia Berisiko Hadapi Generasi Mahir AI Tapi Kurang Daya Fikir Kritikal – Pakar UKM

Lebih 80% pelajar sekolah tidak dapat menyelesaikan soalan matematik asas yang memerlukan kemahiran berfikir.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Disebalik pengunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang kian meningkat, Malaysia kini menghadapi masalah pemikiran baharu apabila bergantung kepada AI

Kemahiran penggunaan AI semakin meningkat tetapi Malaysia bakal menghadapai masalah kurang keupayaan untuk berfikir secara kritikal dan membaut pertimbangan sendiri jika kemahiran numerasi dan daya fikir gagal diperkukuhkan.

Menurut laporan dari Bernama, Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Kalaivani Chellappan mengatakan kerisauan ini adalah kerana penggunaan AI dan teknologi digital yang semakin meningkat setiap hari terutamanya untuk pembelajaran, penyelidikan dan menyiapkan tugasan.

SAYS.com

Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Kalaivani Chellappan

Image via Sistem UKM Sarjana

Pakar analisis data dan kesihatan digital itu mengatakan walaupun menggunakan teknologi boleh meningkatkan kecekapan dan memudahkan pembelajaran, terlalu bergantung kepadanya boleh menjejaskan penguasaan kemahiran asas penting untuk pemikiran rasional dan penilaian yang wajar.

Perkara ini adalah hasil dapatan kajian yang telah dibuat selama dua tahun di 12 buah sekolah di kawasan pinggir bandar daerah Sepang pada Mac 2024 sehingga Februari 2026.

Kajian mendapati lebih 80% pelajar sekolah tidak dapat menyelesaikan soalan matematik asas

Dalam dua tahun itu lebih 80% pelajar berumur sembilan hingga 12 gagal menyelesaikan soalan matematik yang memerlukan kiraan asas dan kemahiran berfikir.

Menurut Kalaivani, kajian mendapati majoriti murid bergantung kepada kalkulator telefon dan menggunakan aplikasi AI seperti ChatGPT untuk penyelesaian masalah matematik.

"Bagi mereka, tidak perlu bersusah-payah mempelajari kaedah pengiraan atau menyelesaikan soalan matematik, kerana sudah ada alat yang boleh memberikan jawapan. Keadaan ini menjadi masalah apabila teknologi digunakan sebagai pengganti proses pembelajaran, bukannya sebagai pelengkap," katanya kepada Bernama.

SAYS.com
Image via Bernama / UKM

Dapatan juga mendapati murid yang terlalu bergantung kepada alat bantuan digital cenderung mencatat pencapaian lebih rendah dalam mata pelajaran matematik apabila masuk ke sekolah menengah nanti.

Tambah beliau, teknologi tidak boleh menggantikan sepenuhnya proses pembelajaran asas kerana penguasaan numerasi dan kemahiran berfikir perlu dibangunkan terlebih dahulu sebelum memanfaatkan AI.

Bukan tidak bijak, gaya hidup moden kurangkan peluang berfikir menggunakan nombor

"Masalahnya bukan kerana kanak-kanak tidak bijak. Akan tetapi gaya hidup moden semaking mengurangkan peluang untuk mereka berfikir menggunakan nombor dalam kehidupan seharian," katanya.

Isu ini bukan sekadar dalam pencapaian akademik tetapi mencerminkan kemerosotan keupayaan berfikir, menganalisis dan membuat pertimbangan rasional.

Tambah beliau, kalkulator dan ChatGPT boleh memberikan jawapan tetapi keupayaan berfikir membolehkan seseorang menentukan sama ada jawapan itu munasabah atau tidak.

SAYS.com
Image via Bernama / UKM

Usaha untuk memperkukuh kemahiran numerasi memerlukan kerjasama semua pihak seperti ibu bapa dan komuniti bukan sahaja di sekolah.

Sekolah juga perlu memberi penekanan lebih besar kepada aplikasi matematik dalam situasi dunia sebenar dari hanya menumpu teknik menjawab peperiksaan.

Bukan menolak teknologi tetapi Malaysia perlu membina budaya berfikir di mana setiap resit, jadual, resipi, keputusan bola sepak, bil isi minyak, penyata bank dan perkiraan pembinaan adalah pendidikan mengenai matematik yang akan berlaku.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: