Masuk Malaysia Book of Records, Pelajar Tingkatan Dua Hafal 300 Digit Nombor Pi π

Bukan senang nak hafal nombor Pi yang hampir infiniti.

Enlarge text
Cover ImageCover image via BERNAMA & KY3

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun kini menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) kerana berjaya menghafal dan menyebut semula 300 digit pertama nombor Pi (π)

Pi ialah satu pemalar matematik yang digunakan untuk mengira ukur lilit sesebuah bulatan kepada diameternya dan sering digunakan dalam rumusan matematik, fizik dan kejuruteraan.

Nombor Pi ini adalah formula pertama yang digunakan untuk mengira sesuatu yang hampir dengan infiniti kerana anggarannya yang tepat adalah tidak terhingga (infiniti).

SAYS.com
Image via Clemson News

Kejayaan hasil latihan konsisten selama dua bulan

Menurut laporan daripada Berita Harian, K Poonyamitra adalah pelajar Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) St George berjaya mencapai kejayaan ini pada 9 Februari lalu sekaligus melayakkannya menerima pengiktirafan 'Most Pi Recited From Memory By A Teenager'.

Poonymira mengatakan dia menghafal sekurang-kurangnya 10 digit setiap hari dan memastikan dia berjaya mengingati nombor-nombor itu.

"Nombor Pi yang dihafal itu bermula dengan turutan sa, puluh, ratus, ribu dan diteruskan sehingga mencapai 300 digit.

"Pada mulanya memang susah tetapi apabila mula menghafal, saya menjadi lebih mudah ingat nombor-nombor berkenaan,"
katanya.

SAYS.com
Image via BERNAMA

Remaja itu juga menerima komputer serta sijil pencapaian sebagai pengiktirafan mencipta nama di dalam Malaysia Book of Records dari Kuil-Kuil Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (LWHPP) yang juga turut dihadiri oleh Gobind Singh Deo.

Poonyamitra juga mengatakan minat terhadap nombor dan ilmu matematik menjadi dorongan utama untuk dia mencuba mencatat rekod pertama ini di Malaysia.

Ibunya, S Thilagam, juga berkata anak perempuan tunggalnya pernah memenangi kategori 'Memory Athlete' dalam pertandingan Malaysia Kids Got Talent Musim Ke-9 pada 2025 selepas berjaya menghafal 300 digit pertama Pi.

Remaja hebat ini juga pernah menjadi naib juara acara ASEAN World Records Rising Starz Icon 2025.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: