Melaka Negeri Pertama Wajibkan Lembu, Kerbau Ada Kad Pengenalan
QR Tagging Haiwan Ternakan ini bukan bertujuan untuk menghukum.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Melaka menjadi negeri pertama di Malaysia yang mewajibkan penggunaan sistem identiti digital untuk haiwan ternakan
Haiwan ternakan yang wajib mempunyai identiti ini khusunya adalah untuk lembu dan kerbau.
Dilaporkan oleh BuletinTV3, semua lembu dan kerbau ternakan di Melaka wajib memiliki identiti digital melalui kaedah penandaan kod Respons Pantas (QR) pada telinga haiwan itu.

Memudahkan pengenalan dan pengurusan data ternakan
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengatakan, melalui tanda pengenalan itu, ia akan membolehkan banyak maklumat seperti pemilik, lokasi ternakan, rekod kesihatan dan pergerakan ternakan dikenal pasti dengan lebih mudah dan pantas.
"Dengan inisiatif ini, kita bakal mengubah kaedah pengurusan ternakan dengan cara lama kepada satu sistem kawalan dan pengurusan data ternakan yang lebih baik dan terancang.
"Hari ini kita menyaksikan Melaka menjadi negeri perintis kepada kaedah baharu ini dan diharap ia dapat menjadi rujukan kepada sistem penternakan di peringkat kebangsaan pada masa akan datang," katanya selepas melancarkan QR Tagging Haiwan Ternakan Negeri Melaka.

Sekadar gambar hiasan.
Image via NSTPKata Ab Rauf, perkara ini juga berkaitan dengan keselamatan rakyat kerana sebelum ini terdapat beberapa kes berkait aduan dan kemalangan dengan haiwan ternakan yang berkeliaran di Melaka.
Inisiatif ini bukan untuk menghukum tetapi untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan penternak agar lebih bertanggungjawab terhadap pengurusan ternakan mereka.
Pemasangan 'tagging' adalah percuma untuk semua penternak lembu dan kerbau di Melaka sehingga hujung tahun ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


