Mesin Cuci Kopiah & Songkok Pun Dah Ada Sekarang – “Khas Untuk Kopiah Berbau”
Boleh cuba nanti kalau singgah Masjid Seksyen 7, Shah Alam.
Cover image via @masjidseksyen7 / ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Songkok atau kopiah selalu menjadi barangan yang dilupai untuk dijaga kebersihannya
Malaysia mempunyai cuaca yang panas dan lembap menyebabkan banyak songkok atau kopiah terbiar dan berbau kurang menyenangkan.
Antara punca-punca songkok dan kopiah berbau busuk:
- Peluh berlebihan: Peluh yang berlebihan akibat penggunaan harian dalam cuaca yang panas meresap ke dalam baldu songkok atau kain kopiah.
- Kurang pengudaraan: Songkok yang disimpan di dalam beg atau tempat tertutup menjurus kepada pembiakkan bakteria. Sebaliknya dibiarkan kering terlebih dahulu.
- Jarang dicuci atau dibersihkan: Kopiah mudah dicuci, tetapi songkok memerlukan penjagaan yang lebih baik dan jarang sekali dibersihkan.
- Penggunaan: Penggunaan yang kerap menyebabkan kopiah atau songkok itu mengumpulkan bau dan daki.
Baru-baru ini Masjid Seksyen 7 Shah Alam telah berkongsi mereka telah meletakkan mesin mencuci songkok digelar Mr Clean Songkok di Threads.
"Memperkenalkan mesin layan diri pembasmian kuman UV di Masjid Seksyen 7," di Threads.

Sesuai untuk bersihkan kopiah, songkok dan helmet
Menurut Masjid Seksyen 7, mesin ini sangat sesuai untuk membersihkan kopiah, songkok dan helmet melalui proses pensterilan UV, atomisasi, pengeringan suhu tinggi dan ion negatif.

Semua proses ini sangat membantu dalam mengurangkan bau serta memastikan barangan lebih bersih dan segar.
Sudah semestinya kebersihan sangat penting kerana ia adalah prasyarat terutamanya untuk melakukan ibadah.
Sebagai peringatan, pastikan anda tidak memasukkan barangan elektronik ke dalam mesin ini.

Rata-rata komen di ciapan itu juga bersetuju dengan pemasangan mesin pencuci songkok ini.
"Mantap ni. Kopiah kadang-kadang tu bau kepam."
"Usaha yang sangat baik…."
"Terbaikk. Esok petang kalau sempat boleh singgah asar jap kat situ sambil bersihkan helmet hehe"
Setakat ini tiada harga yang diberitahu oleh pihak masjid, tetapi mengikut mesin mencuci helmet yang lain, harga untuk mencuci songkok dan kopiah berkemungkinan akan berharga lingkungan RM5 hingga RM10. Harga kemudahan ini akan dipaparkan di skrin mesin tersebut.

Bayaran juga mudah dibuat kerana mesin ini menggunakan beberapa cara pembayaran seperti MAE, Shopee Pay, Duit Now, Grab Pay, Touch 'n Go, dan Boost.
Mungkin banyak masjid-masjid lain juga boleh memasang mesin ini untuk kemudahan jemaah yang kerap ke masjid.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


