Pilihan Raya Negeri Johor Ditetapkan 11 Julai & Negeri Sembilan 1 Ogos – SPR
Selamat mengundi warga Johor dan Negeri Sembilan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sah menetapkan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan
Kedua-dua negeri ini akan mengadakan PRN secara berasingan pada tarikh yang berbeza.
Menurut laporan Berita Harian, Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun mengatakan bagi PRN Johor, penamaan calon ditetapkan pada 27 Jun manakala hari mengundi awal pada 7 Julai dan hari mengundi pada 11 Julai.
Bagi PRN Negeri Sembilan pula, hari penamaan calon ditetapkan pada 18 Julai, hari mengundi awal pada 28 Julai dan hari mengundi pada 1 Ogos.

56 pasukan penguat kuasa akan memantau dan mengurus aktiviti sepanjang pilihan raya
Sejumah 56 orang pegawai pengurus pilihan raya akan dibantu oleh 187 orang penolong pegawai pengurus, manakala pemantauan aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen, SPR akan menubuhkan 56 pasukan penguat kuasa.
"Sementara itu bagi menjalankan proses PRU Dewan Negeri, Negeri Sembilan Ke-16 pula, SPR telah melantik lapan Pegawai Pengurus Pilihan Raya dibantu oleh 95 orang Penolong Pegawai Pengurus.
"Bagi tujuan memantau aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen, SPR akan menubuhkan 36 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) yang turut dianggotai oleh wakil-wakil daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil-wakil calon yang bertanding," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via BernamaUntuk rekod, PRN Johor dianggarkan menelan kos sebanyak RM86.8 juta dan PRN Negeri Sembilan akan memerlukan peruntukan sebanyak RM80.6 juta.
PRN Johor akan menyaksikan 703,175 pengundi biasa dengan 12,041 tentera serta pasangan, dan 12,710 polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) direkodkan.
PRN Negeri Sembilan akan melibatkan 889,490 pemilih terdiri daripada 867,151 pengundi biasa dengan 16,884 tentera serta pasangan, dan 5,455 polis layak mengundi berdasarkan kepada Daftar Pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan April Tahun 2026 yang dikemas kini sehingga 4 Jun lalu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via