Polis Terima 3 Laporan Dakwaan Rosmah Ada Beli Hartanah RM52.6 Juta Di AS
Rosmah menyifatkan dakwaan tersebut sebagai rekaan berniat jahat yang bertujuan mencemarkan reputasinya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dakwaan yang mengaitkan Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembelian atau pembiayaan sebuah hartanah mewah di New Jersey, Amerika Syarikat kini dalam siasatan pihak polis

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, setakat ini pihaknya telah menerima tiga laporan polis berhubung dakwaan yang tular di media sosial itu.
Difahamkan, beberapa saksi akan dipanggil bagi membantu siasatan selain meneliti sama ada akaun yang menyebarkan dakwaan berkenaan adalah tulen atau palsu.
"Kita telah menerima tiga laporan dan akan mengambil tindakan memanggil saksi-saksi berkaitan selain menyiasat sama ada akaun tular di media sosial itu palsu atau tidak.
"Setakat ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberikan kerjasama yang baik dan kita belum menerima apa-apa perkembangan lagi," katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa polis akan terus bekerjasama dengan MCMC serta pihak berkaitan di luar negara bagi menjalankan siasatan lanjut
Dalam masa sama, Mohd Khalid mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan siasatan masih berjalan.
"Saya berharap isu seperti ini yang melibatkan nama-nama tertentu jangan dispekulasikan kerana kita memerlukan bukti-bukti yang kukuh untuk dikemukakan ke mahkamah," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Rosmah sendiri telah membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat dakwaan yang mengaitkan beliau dengan hartanah bernilai AS$13 juta (kira-kira RM52.6 juta) di New Jersey.

Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu menegaskan segala dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan penggunaan syarikat sementara, struktur kewangan luar pesisir serta hubungan dengan individu dan entiti yang disebut dalam video tular adalah tidak berasas.
Rosmah turut menyifatkan dakwaan tersebut sebagai rekaan berniat jahat yang bertujuan mencemarkan reputasinya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via