Ramai Tak Tahu, Ini Cara Mohon Penambahan Kelayakan BUDI95 Jika Anda Layak
Hanya ikuti lima langkah mudah ini.
Cover image via SYOKFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam usaha memastikan subsidi petrol sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan, kerajaan memperkenalkan skim subsidi bersasar RON95 melalui program BUDI95
Menerusi inisiatif ini, rakyat Malaysia yang layak boleh menikmati petrol pada harga lebih rendah iaitu sekitar RM1.99 seliter berbanding harga pasaran.
Namun, ramai tidak sedar bahawa selain kelayakan asas, terdapat juga pilihan untuk memohon penambahan kelayakan bagi kes tertentu.

Secara asasnya, semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang mempunyai MyKad dan lesen memandu aktif layak menikmati subsidi ini, dengan had sekitar 300 liter sebulan.
Malah, program ini diperkenalkan bagi mengurangkan ketirisan subsidi serta memastikan manfaatnya sampai kepada rakyat.
Bagi mereka yang merasakan kuota sedia ada tidak mencukupi contohnya seperti pemandu e-hailing, kerajaan membenarkan permohonan tambahan kelayakan.
Prosesnya juga sangat mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian. Berikut adalah perkongsian daripada seorang pengguna di Threads:
1. Log masuk ke laman web BUDI95 menggunakan MyDigital ID
2. Klik menu di bahagian kiri atas, pilih 'BUDI95 Individu' > 'Permohonan Penambahan Kelayakan'
3. Klik 'Mulakan Permohonan'
4. Lengkapkan Borang Permohonan Penambahan Kelayakan
5. Pengesahan





Permohonan ini penting bagi memastikan golongan yang benar-benar memerlukan terutama yang bergantung kepada kenderaan untuk mencari rezeki dan tidak terjejas dengan had penggunaan bulanan.
Kesimpulannya, walaupun BUDI95 sudah memberi manfaat besar kepada rakyat, kemudahan tambahan ini menunjukkan sistem subsidi kini lebih fleksibel dan bersasar. Jadi, kalau anda rasa layak, jangan lepaskan peluang untuk mohon penambahan ini.
Lihat posting di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


