“Saya Tiada Pilihan Lain” – Bapa Terpaksa Akur Hantar 3 Anaknya Ke Rumah Kebajikan Anak Yatim

"Saya hanya mahu mereka mendapat kehidupan dan pembelajaran lebih baik" – Huang.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Facebook Jaz Home

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pilu mendengar apabila seorang bapa terpaksa menghantar ketiga-tiga anaknya ke rumah anak yatim kerana tidak mampu

Huang bekerja sebagai seorang pemandu lori dengan gaji RM2,600 sebulan.

Diterjemahkan dari Sin Chew Daily, pada 13 Oktober lepas, Huang telah menghantar anaknya yang berusia 5, 7, dan 9 tahun ke rumah baru mereka di sebuah rumah anak yatim di Perak.

Ketika mengemas barang-barang anaknya Huang cuba untuk memujuk tetapi emosi lebih menguasai dirinya.

Anak sulung Huang menangis supaya tidak meninggalkan mereka.

SAYS.com
Image via Jaz Home

"Belajar rajin-rajin, nanti besar jadi polis," kata Huang ketika cuba memujuk anak sulungnya.

Inilah pesanan Huang untuk anak sulungnya ketika cuba untuk tidak menangis.

Kerja memandu yang dilakukan oleh Huang tidak cukup untuk menampung keperluan tiga orang anak.

SAYS.com
Image via Jaz Home

Pelbagai cara telah dicuba untuk terus menyara ketiga-tiga anaknya

Dia telah cuba mengurangkan kos seperti kopi di pagi hari, roti untuk makan tengah hari, nasi untuk makan malam hanya untuk memastikan duitnya cukup untuk anak-anak.

Tetapi semua itu tidak cukup untuk menampung kesemua perbelanjaan bulanan.

SAYS.com
Image via Jaz Home

Sebelum ini, Huang pernah menghantar anaknya ke satu rumah kanak-kanak dengan harga RM400 sebulan. Kos itu diturunkan ke RM300 tetapi dia masih tidak mampu.

Akhirnya, Huang terpaksa menghantar anak-anaknya ke Rumah Anshun Jaz yang tidak mempunyai bayaran.

SAYS.com
Image via Jaz Home

Huang telah berkahwin dengan isterinya yang berwarga Vietnam pada tahun 2016. Dia akhirnya bercerai pada Mei tahun 2024. Mahkamah telah menetapkan penjagaan penuh untuk Huang bagi ketiga-tiga anaknya.

Bekas isteri Huang dan saudara mara bekas isteri Huang dikatakan selalu mengganggu kehidupan Huang dan menuntut jagaan anak lelakinya.

"Saya hanya mahu mereka mendapat kehidupan dan pembelajaran lebih baik." ujar Huang.

Huang akan pulang ke Kuala Lumpur dan akan melawat anak-anaknya pada bila-bila masa yang boleh.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: