Sesat Dalam Hutan? Ingat Formula ‘STOP’, Jangan Panik Terus Berjalan
Pendaki disarankan agar tidak meneruskan perjalanan dalam keadaan gelap kerana boleh meningkatkan risiko kecederaan dan kehilangan arah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pendaki yang menyedari mereka tersasar daripada laluan asal dinasihatkan supaya tidak panik dan berhenti berjalan serta-merta

Gambar sekadar hiasan.
Image via Astro AwaniMenurut laporan BERNAMA, Ketua Jabatan Pengurusan Keselamatan Hartanah Sime Darby Property Berhad, Mejar Hairulnizam Samuri, berkata formula 'STOP' boleh membantu meningkatkan peluang untuk diselamatkan.
Formula tersebut merangkumi Sit (duduk), Think (berfikir), Observe (memerhati) dan Plan (merancang). Menurut beliau, pendaki perlu bertenang, mengimbas semula laluan yang dilalui, menilai keadaan sekeliling serta merancang tindakan berdasarkan sumber yang masih ada.
Beliau turut mengingatkan pendaki agar tidak meneruskan perjalanan dalam keadaan gelap kerana boleh meningkatkan risiko kecederaan dan kehilangan arah.
Antara punca utama pendaki sesat ialah perubahan cuaca seperti hujan lebat dan kabus tebal, masalah komunikasi dalam kumpulan, serta faktor kesihatan seperti keletihan, kecederaan dan panik

Gambar sekadar hiasan.
Image via Berita HarianBagi memudahkan operasi mencari dan menyelamat (SAR), mangsa disaran kekal di lokasi yang selamat dan terbuka, menggunakan pakaian berwarna terang, membentuk simbol SOS serta meninggalkan petunjuk di laluan jika perlu.
Hairulnizam turut menekankan kepentingan membawa peralatan asas seperti wisel kecemasan, kit pertolongan cemas, pisau poket, pemetik api serta bekalan makanan dan air kecemasan sebelum memulakan pendakian.
"Hutan tidak pernah kejam kepada mereka yang bersedia, tetapi ia boleh menghukum mereka yang alpa dan memandang ringan aspek keselamatan," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via