Sesat Dalam Hutan Tetap Tak Boleh Makan Babi, Ada Syaratnya – UAI
Hanya boleh jika benar-benar terdesak selepas tiada lagi pilihan makanan lain.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, Malaysia digegarkan dengan kes seorang pendaki yang sesat dan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) masih lagi berlangsung sehingga hari ini
Disebabkan ini, terdapat beberapa netizen yang telah bertanya kepada Ustaz Azhar Idrus seorang penceramah selebriti mengenai hukum memakan daging babi apabila sesat di dalam hutan atas alasan darurat.
Menurut laporan dari Kosmo!, ulama telah menetapkan bahawa segala sumber makanan yang halal dan boleh diperoleh di dalam hutan seperti tumbuh-tumbuhan liar perlu diutamakan terlebih dahulu sebelum pertimbangkan makan pilihan lain.

Sekadar gambar hiasan.
Image via Southeast Asia BackpackerImage viaKeadaan darurat mengharuskan seseorang memakan makanan haram tetapi ada syaratnya
Seseorang itu hanya boleh memakan makanan haram dengan syarat dan perincian tertentu yang perlu difahami dengan jelas dalam hanya keadaan yang darurat sahaja.
"Ulama dahulu menyebut, jika sesat di dalam hutan, maka pokok atau tumbuhan yang boleh dijadikan makanan hendaklah didahulukan. Berbeza jika seseorang tersesat di padang pasir atau kawasan daratan yang luas serta tiada sumber makanan lain.
"Jangan terus kata apabila sesat dalam hutan dan tiada makanan, kemudian apabila nampak babi lalu terus boleh makan. Itu tidak boleh," katanya.

Beliau juga memesan seseorang itu digalakkan untuk mencari sumber makanan semula jadi terlebih dahulu seperti buah-buahan liar yang selamat untuk dimakan, pucuk atau daun tertentu, rebung, umbisi, cendawan yang diketahui tidak beracun dan tumbuhan hutan yang biasanya boleh dimakan.

Sekadar gambar hiasan.
Image via Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)Bagi sumber protein pula, keutamaan perlulah diberikan kepada haiwan yang halal dimakan mengikut hukum syarak seperti ikan air tawar, rusa, ayam hutan dan haiwan buruan yang lain mengikut syarak.
Tambahan lagi, keadaan darurat ini hanyalah ketika sangat terdesak sehingga tiada lagi pilihan makanan halal yang mudah diperoleh dan perlu dilihat mengikut situasi sebenar.
Konsep kesefahaman mengenai darurat dalam Islam perlukan diambil serius supaya masyarakat tidak beranggapan sesuatu yang haram itu boleh dilakukan secara mudah hanya kerana alasan kecemasan.
Sebagai tambahan jika anda seorang pendaki yang tersesat perlulah kekalkan lokasi untuk memudahkan operasi SAR.
Lihat kenyataan rasmi daripada Jabatan Mufti Negeri Selangor di sini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via