Siti Nurhaliza Sekali Lagi Terpilih Wakil Spotify EQUAL Malaysia & Singapura

Wajah Spotify EQUAL, bersinar di Times Square, New York.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudan mengukuhkan legasinya setelah terpilih sebagai wakil kepen Spotify EQUAL Malaysia dan Singapura

Biduanita negara ini telah menyertai kempen ini buat kali kedua bagi bulan Mac 2026.

Menurut laporan Bernama, Universal Music Malaysia dan SN Legacy mengatakan pengiktirafan ini bukan sahaja mencerminkan pencapaian luar biasa artis nombor satu dalam industri muzik, tetapi juga mengangkat suara wanita di rantau Asia Tenggara ke pentas lebih luas.

Luah rasa syukur atas penghormatan diterima

Siti Nurhaliza mengatakan rasa syukur atas penghormatan yang diterima dan menyifatkan ia sebagai satu pengiktirafan besar dalam perjalanan seninya yang telah menjangkau lebih tiga dekad.

Wajah beliau juga turut ditampilkan di layar digital gergasi Times Square New York, Amerika Syarikat menunjukkan pengaruhnya di peringkat antarabangsa.

SAYS.com
Image via Bernama

"Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas rezeki ini. Terpilih sebagai wakil Spotify EQUAL Malaysia dan Singapura merupakan satu penghormatan yang sangat besar buat saya," katanya.

Muzik tidak mengenal batas usia

Beliau juga mengatakan ini membuktikan muzik tidak mengenal batas usia ataupun tempoh masa, selain karya yang berkualiti relevan dan dihargai di platform penstriman global.

Sangat dikenali dengan lagu Cindai, Siti Nurhaliza menyifatkan pencapaian ini sebagai satu wakil kepada semua anak seni wanita di rantau Asia Tenggara.

SAYS.com
Image via Remaja

Datuk Seri Siti Nurhaliza juga berpesan artis perlu menyesuaikan diri dengan teknologi, kekal positif dan berdaya tahan, selain menengahkan bahawa peminat merupakan tunjang utama dalam perjalanan kerjaya seseorang artis.

"Jangan hanya mengejar viral, tetapi kejarlah kualiti. Identiti yang kuat dan disiplin dalam menjaga vokal akan memastikan anda kekal relevan merentas zaman," katanya lagi.

Sebelum ini, Siti Nurhaliza telah mewakili kempen Spotify EQUAL pada Mei 2022.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: