Siti Nurhazila Terbabit Kemalangan Di MEX Highway Semalam – “Ramai Turun Bantu”

Datuk Siti Nurhaliza kini akan berehat buat sementara waktu.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Biduanita Negara Datuk Siti Nurhaliza telah dikejarkan ke sebuah hospital akibat mengalami lebam dan bengkak pada kaki

Kereta yang dinaiki penyanyi itu telah terlibat dalam kemalangan di Kilimeter 14.2 Lebuhraya Maju (MEX) di Seri Kembangan semalam.

Datuk Siti Nurhaliza ketika itu dalam perjalanan pulang selepas mengadakan persembahan di RedQ AirAsia di Sepang.

SAYS.com
Image via Malaysia Gazette

Beliau dalam keadaan baik dan berterima kasih atas doa orang ramai

Menurut laporan di Harian Metro, Pengurusnya Rozi Abdul Razak mengatakan penyanyi terbabit dalam keadaan baik.

"Salam semua. Ramai yang menghubungi kami bertanyakan tentang @ctdk. Kami 2 kereta baru selesai mengadakan persembahan di RedQ AirAsia Sepang dan sewaktu melalui lebuhraya MEX (KM14.2) berlaku kemalangan.

"4 kereta terlibat termasuk kereta dinaiki @ctdk dan kereta dinaiki saya serta @cteafairuz berada berjarak beberapa kereta di belakang. Kami membawa @ctdk keluar dari kereta yang kemalangan dan masuk ke dalam kereta kami.," katanya Rozi.

Datuk Siti Nurhazila juga ada mengeluarkan satu video pendek di Threads memberitahu mengenai keadaannya sekarang.

SAYS.com
Image via @ctdk / Threads

"Terima kasih semua yang mendoakan saya, memang agak terkejut juga. Tapi ye lah benda dah nak jadi kan. Alhamdulillah tiada kecederaan serius. Cuma kaki saya bengkak, cuma takut ligamen koyak, saya dah buat X-ray dan dah balut kaki ni. Jadi mungkin kena rehat lah," kata beliau.

Datuk Siti Nurhaliza kini akan berehat buat sementara waktu. Kejadian ini membuktikan rakyat Malaysia sanggup buat apa sahaja untuk mencari punca kejadian yang berlaku ke atas Datuk Siti.

Tidak lupa juga ada seorang netizen yang pantas berkongsi kronologi mengenai kejadian ini.

SAYS.com
Image via elefunz / Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: