Skala Dikecilkan & 22 Orang Asli Akan Bantu Cari Jaslinda
Difahamkan, Orang Asli sukarelawan juga berjanji akan terus mencari Jaslinda selagi mampu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Misi mencari dan menyelamat pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, tetap akan diteruskan tetapi skalanya akan dikecilkan mulai hari ini
Menurut laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim mengatakan perkara ini telah diputuskan selepas mesyuarat penyelarasan yang dikerusikan oleh Pegawai Daerah Tapah dan pelbagai agensi penyelamat yang lain.
"Kita memutuskan agar SAR diteruskan dalam skala kecil, ia tidak dihentikan dan penyelarasannya akan diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
"Bagaimanapun, polis akan jalankan siasatan lanjut, kita akan rakam percakapan rakam 14 rakan mangsa yang terbabit dalam pendakian," katanya.
Keputusan ini bukan lah suatu perkara yang mudah tetapi setelah hasil perbincangan bersama.

SAR diteruskan dalam skala kecil, pencarian sudah 95% keseluruhan keluasan gunung
Pencarian tetap akan dilakukan cuma dalam skala lebih kecil kerana sebelum ini seramai 116 anggota penyelamat dari pelbagai agensi termasuk polis, JBPM, Jabatan Pertahanan Awam (APM) dan Bastalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor juga terbabit selama 11 hari operasi SAR ini.
Pertimbangan untuk mengecilkan skala SAR adalah kerana faktor keselamatan anggota penyelamat dan carian yang telah meliputi hampir semua keluasan kawasan.
"95 peratus daripada keseluruhan keluasan Gunung Batu Putih, kita sudah cari dengan pelbagai kaedah digunapakai.
"Sepanjang 11 hari operasi SAR, lima anggota JBPM dan empat anggota Batalion 3 mengalami kecederaan, ini salah satu aspek diambil kira (supaya skala SAR dikecilkan)," katanya.

Merujuk laporan dari Berita Harian, sukarelawan Orang Asli berjanji akan terus mencari Jaslinda selagi mereka mampu. Lebih 22 Orang Asli suku Semai itu telah menjadi sukarelawan untuk membantu dalam pencarian Jaslinda yang dilaporkan hilang sejak 24 Mei lepas.
Jaslinda dilaporkan bersama 13 individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian di Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei lalu. Jaslinda kali terakhir dilihat oleh MGP pada 7:30 pagi, 24 Mei.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via