Tak Perlu Risau Kena ‘Scam’ Lagi, PDRM Jamin Sistem MyDigital ID Lebih Selamat & Sukar Dipalsukan
Difahamkan, ciri-ciri keselamatan MyDigital ID lebih tinggi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sistem MyDigital ID telah menjadi antara sistem yang perlu digunakan oleh semua rakyat Malaysia dan digunakan untuk pengesahan identiti pengguna
Sistem ini berpotensi menjadi mekanisme yang penting dalam membendung jenayah penipuan melalui ciri keselamatan yang lebih tinggi dan paling penting sukar untuk dipalsukan.
Menurut laporan dari Berita Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa, mengatakan pihak mereka telah mengadakan dua sesi libat urus dengan MyDigital ID dan yakin platform itu mampu menghalang kegiatan penipuan daripada berlaku.
"Kalau kita tengok dalam MyDigital ID itu, banyak punya ciri-ciri keselamatan dan kita percaya ciri-ciri keselamatan yang ada ini sukar ditiru, maknanya boleh mencegah daripada penipuan," kata beliau di sidang media selepas Acara Penghargaan Bank Heroes #JanganKenaScam 2026 hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Komisioner Polis, Datuk Rusdi Mohd Isa
Image via NSTP/Nur Liyana Mohd NoorzallyUsaha supaya pengurusan bank menggunakan MyDigital ID
Setakat ini urusan perbankan masih belum menggunakan MyDigital ID tetapi akan diusahakan.
"Kita dah ada keterlibatan dan cuma sekarang ini yang diusahakan supaya dalam urusan yang digunakan di mana-mana bank itu menggunakan MyDigital ID," katanya.

Pengerusi Pasukan Petugas Kebangsaan Membanteras Penipuan, Syed Ahmad Taufik Albar
Image via The Edge MalaysiaPengerusi Pasukan Petugas Kebangsaan Membanteras Penipuan, Syed Ahmad Taufik Albar mengatakan integrasi MyDigitalID dengan Kenali Pelanggan Anda (KYC) perbankan membantu dalam membanteras penipuan dengan lebih berkesan.
Setakat ini, tiada garis masa khusus mengenai pelaksanaan integrasi ini kerana setiap bank mempunyai perancangan tersendiri untuk mengadaptasi teknologi tersebut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via