Tertangguh 9 Tahun Berkahwin, Wanita Setia Akhirnya Sah Bernikah Dengan Kekasih Di Penjara

Difahamkan, dua minggu sebelum majlis berlangsung pada tahun 2017, kekasihnya ditahan polis atas kesalahan berkaitan dadah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian SG

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kasih yang diuji masa, jarak dan tirai besi akhirnya disatukan juga

Selepas hampir sembilan tahun menunggu dan enam kali permohonannya ditolak, seorang wanita di Singapura akhirnya berjaya bernikah dengan lelaki yang dicintainya di dalam penjara.

Menurut laporan Berita Harian SG, Cik Nurashikin Husni Thamrin, 38, melangsungkan perkahwinan bersama Faredz Ashim pada 15 Januari lalu di Sekolah Penjara Tanah Merah selepas melalui perjalanan cinta yang penuh cabaran.

Difahamkan, mereka sebenarnya sudah merancang untuk berkahwin pada tahun 2017. Namun dua minggu sebelum majlis berlangsung, Faredz ditahan polis sekali lagi atas kesalahan berkaitan dadah.

"Kami sepatutnya bernikah pada 2017, tapi dua minggu sebelum hari bahagia kami, Faredz ditangkap," katanya.

Faredz, 39, sebelum ini pernah dipenjarakan pada tahun 2012 sebelum ditahan semula pada 2017. Bagi kes kedua, dia difahamkan menerima pengurangan hukuman daripada 21 tahun kepada 14 tahun penjara.

SAYS.com
Image via Berita Harian SG

Walaupun ramai menganggap hubungan mereka sudah berakhir, Nurashikin memilih untuk terus setia

Sejak tahun 2020, dia berusaha mendapatkan kebenaran daripada Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) untuk bernikah di penjara, namun permohonannya ditolak berkali-kali.

"Macam-macam cara saya cuba termasuk menulis kepada pihak berkuasa ketika itu. Alhamdulillah akhirnya mereka menerima permohonan saya," katanya lagi.

Sepanjang tempoh itu, Nurashikin hanya dapat bertemu Faredz dua kali sebulan. Menurutnya, perjalanan tersebut bukan mudah kerana dia sering berasa sunyi dan keseorangan.

Namun dia bersyukur apabila pihak SPS serta kadi yang mengendalikan pernikahan mereka banyak membantu sepanjang proses tersebut.

SAYS.com
Image via Berita Harian SG

Difahamkan, kawalan keselamatan ketat dilaksanakan sepanjang majlis berlangsung

Walaupun segala kelengkapan disediakan pihak penjara, Nurashikin tetap diberikan kelonggaran untuk menyediakan pakaian khas bagi hari bahagianya.

Pasangan itu juga hanya diberikan beberapa minit untuk meluangkan masa bersama selepas selesai akad nikah.

Nurashikin turut menjelaskan antara sebab dia mahu berkahwin lebih awal adalah kerana bimbang sekiranya sesuatu berlaku kepada Faredz di penjara, dia mungkin tidak akan dimaklumkan kerana mereka belum sah sebagai suami isteri.

Sementara itu, sepanjang menjalani hukuman, Faredz dilaporkan aktif menyertai program pemulihan dan memberi fokus kepada pendidikan.

Dia berjaya menamatkan diploma dan kini mengikuti pengajian dalam bidang Pengurusan Rantaian Bekalan di Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS). Malah, dia juga dikatakan menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan atas pencapaiannya dalam pelajaran.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: