Tular Pemuda Kongsi Ketupat Terbaik Buat Raya – “Ada Dinosaur, Kucing & Lembu”
Ketupat bentuk apa yang menjadi kegemaran korang?
Cover image via syahirnordin_ / TikTokFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ketupat telah menjadi salah satu makanan wajib yang ada terutamanya pada Hari Raya
Walaupun tampak senang sebenarnya ketupat memerlukan kemahiran untuk dianyam supaya nasi yang direbus itu tidak terkeluar dari anyaman.
Beberapa hari lepas, seorang pemuda dengan nama Syahir Nordin telah berkongsikan pelbagai jenis ketupat di TikTok miliknya.
Siapa sangka anyaman ketupat boleh dibuat dalam pelbagai jenis dan bentuk.

Dinopat, Cattupat, Cowtupat dan pelbagai lagi bentuk ketupat yang ada
Semuanya bermula kononnya Syahir menjawab persoalan "Mak saya nak lelaki yang pandai buat ketupat".
Syahir telah mengongsikan sebanyak 8 jenis bentuk ketupat yang ada.
Tetapi beberapa bentuk ketupat yang dibuat olehnya telah meraih perhatian ramai netizen yang ada.

Netizen juga mengambil peluang untuk memberikan komen terhadap rekaan bentuk-bentuk ketupat ini.
"Macam mana nak buat tutorial takde?," ujar seorang netizen di komen.
"Boleh buka kelas mana KA..kelas menganyam pula," katanya.
"Boleh dah tu buat berniaga jual sampul ketupat pelbagai bentuk… awak kan genius. Nanti mesti yang love tu paling banyak dijual," kata seorang wanita.

Tidak lama selepas itu terdapat satu video baru yang dikongsi dimana Syahir telah merebus Cattupat yang berbentuk kucing.
Setakat ini video Syahir di TikTok telah mencecah lebih 1.2 juta tontonan, dengan lebih 2,500 komen.
Bentuk ketupat mana yang korang suka?
@syahirnordin_ Replying to @Na Hasil rebus ketupat kucing. Kucing ni obesiti, terlebih beras!! 🐱😂 #raya #ketupat #kampung ♬ original sound – Saiful Bahri | Ejen Hartanah
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


