[VIDEO] Pengantin Dakwa Mas Kahwin RM500 & Cincin Diambil ‘Bride Assistant’
Rupa-rupanya bukan kejadian pertama, ada lagi mangsa lain.
Cover image via @alya.nays / ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini seorang wanita bernama Alya mendedahkan mas kahwinnya telah hilang pada hari pernikahannya
Menerusi perkongsian di Threads, Alya memaklumkan bahawa duit mas kahwinnya dan cincinnya telah hilang tanpa disedari ketika majlis berlangsung.
Hasil rakaman video akad nikah mendapati pembantu pengantin (bride assistant atau BA) telah mengambil sampul berisi mas kahwin setelah selesai majlis.

Video menunjukkan mas kahwin diselit ketika pertukaran
Rakaman tersebut menunjukkan pembantu pengantin telah mengambil mas kahwinnya ketika majlis itu berlangsung.
Walaupun perkhidmatan yang diberikan sepanjang majlis tersebut adalah baik, Alya tidak menyangka bride assistant tersebut melakukan sedemikian.

Dia telah mengambil sijil nikah sementara (berwarna hijau) sambil menyelip sampul berisi mas kahwin yang telah ditutup tangannya.
Bukan sahaja wang mas kahwin bernilai RM500, tetapi cincin emas miliknya juga telah hilang ketika bersiap di bilik pengantin sebelum majlis berlangsung.
Kehilangan ini sangat menyedihkan kerana berlaku pada hari yang sama. Video perkongsian ini telah mendapat ramai perhatian netizan dan kini tular di Threads.
Alya juga ada menghubungi BA tersebut untuk klarifikasi, tetapi hanya selepas digertak dengan laporan polis, baru Kiki memberikan wang itu semula kepada Alya, tetapi persoalan cincinnya yang hilang masih belum terjawab.


Bukan mangsa pertama, ramai cerita pengalaman sama dengan pembantu pengantin sama
Digelar sebagai Kiki, pembantu pengantin ini sebenarnya telah memberikan pengalaman yang sama kepada beberapa mangsa lain lagi.
Seorang lelaki dengan nama @palieynul juga berkongsi perkara yang sama dimana duit yang telah diberikan orang seorang rakan kerja kepadanya lebih sedikit daripada apa yang diberikan.

Seorang wanita bernama @shaleena.sabri menceritakan pengalaman sama untuk majlis perkahwinan bosnya yang menyesyaki perkara sama.
"Saya upah dia untuk majlis perkahwinan bos saya. Dan gelang RM9k hilang, saya tak tahu siapa ambil sampai saya baca thread ni.
Salah ke kalau saya fikir dia yang curi? Sebab tak mustahil kan? Sbb dia yg banyak masuk bilik & bagi alasan nk mengemas," kata shaleena di Threads.
Seorang lagi wanita menceritakan bahawa duit mas kahwinnya juga turut hilang sehingga suaminya hanya bersikap husnudzon, mengatakan dia salah meletakkan duit itu merata-rata.
"Gugur jantung kita. Dia la BA kita so betullah la mas kahwin hilang dia yang amik, suami aku keluarkan duit double tau untuk mas kahwin, suami aku punya la husnudzon ingat salah dia sendiri letak merata," kata nrdinadiaa di Threads.
Perlu diingatkan jangan sesekali memberi orang tidak dikenali atau diupah untuk menjaga dokumen penting apatah lagi barang berharga.
Seorang pembantu pengantin hanya perlu menjaga solekan pengantin, serta menjaga kain, memegang air dan pelbagai lagi perkara lain yang tidak berkaitan dengan penjagaan dokumen penting atau wang ringgit.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


