Wakil Restoran Pagi Sore Mohon Maaf Menuduh Pelancong Malaysia Tidak Bayar Bil
Pengalaman berharga untuk sentiasa simpan resit selepas melancong.
Cover image via @ainmyunus / ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Restoran popular di Jakarta, Indonesia, Restoran Pagi Sore tampil memohon maaf atas kesilapan menuduh pelancong Malaysia tidak membayar bil makanan
Permohonan maaf ini telah dibuat selepas pihak restoran mengaku berlaku salah faham mengenai pembayaran yang sebenarnya sudah pun dijelaskan pada hari kumpulan pelancong Malaysia ke restoran itu pada 13 Mei lepas
Menurut laporan dari Berita Harian, pelancong, Norain Mohd Yunus telah berkongsi video dan mesej permohonan maaf yang dihantar oleh pengurusan Pagi Sore di Pantai Indah Kapuk (PIK) di media sosial.
Dua wakil pengurusan restoran itu tampil memohon maaf atas kejadian tersebut dan menjelaskan mereka mahu menyelesaikan 'salah faham' tersebut.
Salah faham dan bukan disengajakan mana-mana pihak
"Kami dari pihak Restoran Pagi Sore memohon maaf atas salah faham yang terjadi berkaitan pembayaran pengunjung yang makan di restoran kami.
"Kejadian itu terjadi kerana salah faham dan bukan disengajakan dari mana-mana pihak.
"Kami berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik," kata individu yang menghantar mesej kepada Norain.

Menurut Norain, dia bersama lima rakannnya yang lain telah memakan sembilan hidangan dengan bil IDR907,500 (+-RM203).
Bagaimanapun mereka terkejut kerana pemandu pelancong secara tiba-tiba meminta resit pembayaran dari restoran itu ketika dalam perjalanan pulang ke Jakarta dari Bandung.
Pemandu tersebut mengatakan mereka tidak membayar dan meninggalkan premis berkenaan. Norain yang terkejut dengan keadaan itu mengatakan dia telah membayar menggunakan kad bank.
Setelah mencari resit asal, mereka juga telah menunjukkan transaksi bank untuk menjadi bukti pembayaran dan diberikan kepada ejen pelancongan mereka.

Norain menambah jika pembayaran ini dibuat secara tunai dan resit hilang, mereka mungkin tidak mempunyai bukti untuk mempertahankan diri daripada tuduhan tersebut.
Pihak restoran akhirnya akur dan mengakui berlaku salah komunikasi dan ejen pelancongan turut meminta restoran untuk mengeluarkan permohonan maaf.
Pengalaman ini boleh menjadi satu peringatan untuk pelancong lain supaya menyimpan bukti resit pembayaran ketika melancong.
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


