Wanita Kongsi Hari-hari Makan Nasi Lemak RM2.50 Dan Telur Rebus Dua Biji – ‘Ni Je Lah Yang Tinggal’
Kawan-kawan ajak keluar pun tak ikut sangat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini seorang wanita berkongsi cara berjimat yang telah diamalkannya selepas menolak semua komitmen bulanan
Dikongsikan di Threads, @syazanaarissa menunjukkan gambar duit yang ada untuk sebulan hanya RM700 sahaja.
Wanita itu mengatakan dia hanya berbelanja RM2.50 sehari untuk makan tengah hari dan membeli nasi lemak biasa dan merebus dua biji telur sahaja supaya perbelanjaannya cukup sehingga hujun bulan.
Inilah cara yang telah dibuat oleh syazanaarissa untuk berjimat cermat dengan kehidupan sehariannya.
"Lepas tolak komitmen. Ni je lah yg tinggal. Mcm mana i survive sampai hujung bulan?" katanya di Threads.

Tidak makan sarapan hanya minum air kosong waktu pagi
Menurut dia semua ini dibuat untuk memastikan perbelanjaan hariannnya dikurangkan sebanyak mungkin supaya mempunyai wang untuk hujung bulan. Baginya, RM75 sebulan cukuplah untuk makan tengah hari sahaja.
"Saya rebus telur hari-hari dan beli nasi lemak RM2.50. Tak shopping apa-apa," katanya.
Di ruangan komen, dia juga mengatakan berat badannya telah menurun dengan cepat kerana kaedah pemakanan ini.
"Memang cepat kurus. Sebulan boleh turun empat hingga lima kilogram," balasnya.

Sekadar gambar hiasan.
Image via XWanita itu sendiri juga mengaku ada kalanya dia tidur awal supaya dapat mengelakkan diri daripada rasa lapar pada waktu makan malam.
Beberapa pengguna di Threads juga berkongsi tips dengan mereka supaya mendapat pemakanan yang cukup tetapi masih berjimat dalam perbelanjaan.
"Psss. Awak beli bakers cottage. RM19 satu ekor. Tahan satu minggu untuk perempuan. Masih makan telur rebus. Masak nasi sendiri, pemasak nasi yang kecil tu murah je. Untuk sayur dan buah, boleh pergi grocery hari isnin malam ada banyak jualan penghabisan stok yang masih elok-elok," kata divameal di Threads.

Sekadar gambar hiasan.
Image via Rasa"Saya ajar cara lagi jimat, awak beli bahan masak nasi goreng, ikan, masak, bawak bekal, makan sayur, beli susu tepung, buat air, jimat kalau awak masak dan buat air sendiri, awak perlukan zat yang cukup, tak cukup zat nanti sakit pula yang datang sakit kalau dah datang, duit kena keluar banyak,ubat tak sedap," kata cacarahman93 di Threads.
Beberapa orang juga berpesan untuk dia membuat bekal makanan hari-hari dengan duit baki bulanannya.
Ada masanya ramai orang lain berjimat dengan cara mereka sendiri. Mungkin ada yang akan anda katakan adalah kedekut, tetapi pengertiannya berbeza. Tidak semestinya seseorang itu berjimat itu kedekut sebaliknya hanya melakukan apa sahaja cara hanya untuk kelangsungan hidup.
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via