Warga Emas Tekad Kutip Sampah Sehingga RM8,000 Untuk Tampung Kos Bedah Mata

Berkat mengumpul 'sampah'

Enlarge text
Cover ImageCover image via NSTP / Ahmad Hasbi

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang warga emas berumur 74 tahun berjaya mengitar semula bahan terbuang di kawasan perumahannya

Jaafar Idrus, kini telah berjaya mengumpul sebanyak RM8,000 untuk membayar pembedahan mata kirinya.

Penebusan ini telah dibuat oleh Jaafar menerusi program KitaRecycle di bawah SWM Environment.

Menurut laporan daripada Harian Metro, pesara MARDI ini dia telah terbiasa bekerja sejak muda dan tidak boleh duduk rehat sahaja di rumah.

Pada mulanya hanya untuk mengisi masa lapang

Sebaliknya, dia telah memilih untuk mengisi masa lapang dengan hobi baru ini sejak tahun 2021 lagi.

Kira-kira dua tahun lalu, mata kirinya telah mengalami gejala katarak sehingga menyebabkan penglihatannya semakin kabur.

"Makin lama mata saya makin kabur sehingga berbahaya sekiranya saya memandu kereta lebih-lebih lagi pada waktu malam. Saya pergi buat pemeriksaan dan doktor maklumkan mata saya alami masalah katarak," menurut beliau.

SAYS.com
Image via Harian Metro

"Doktor juga sarankan saya supaya melakukan pembedahan mata dengan segera. Pada 9 Januari lalu saya jalani pembedahan di Hospital Universiti Putra Malaysia," katanya.

Menurut beliau, kos itu tidak mencecah terlalu tinggi sehingga dia perlu mengeluarkan wang simpanan, jadi dia berpuas hati dapat memanfaatkan duit hasil kitar semula.

"Alhamdulillah, berkat mengumpul 'sampah' saya berjaya kumpul duit untuk tampung proses tukar kanta mata saya. Tak perlu keluarkan duit simpanan," katanya lagi.

SAYS.com
Image via NSTP / Ahmad Hasbi

Selain mengumpul barang terbuang di rumah sendiri, penduduk juga memanggil Jaafar untuk mengambil barang terbuang di rumah mereka untuk dikitar semula.

Beliau juga sering dinobatkan pemenang untuk beberapa pertandingan kitar semula dan menasihatkan orang awam supaya menanam minat untuk mengitar semula.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: