Yuran Terlalu Mahal, Ada Ibu Bapa Yang Sanggup Hantar Anak Ke Taska Haram – PPBM

Difahamkan, hal ini akan menjadi lebih buruk dalam tempoh lima tahun akan datang.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Anak-anakku & Kosmo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kos penjagaan anak kian lama kian meningkat sehingga ibu bapa terpaksa memilih pusat asuhan atau pengasuh tidak berdaftar yang jauh lebih murah

Sudah banyak kes-kes kejadian tidak diingini telah berlaku kepada kanak-kanak di taska dan majoritinya adalah daripada taska haram yang tidak berdaftar.

Menurut laporan dari Kosmo, Presiden Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar Malaysia (PPBM), Profesor Adjung Norsheila Abdullah mengatakan hal ini dijangka akan bertambah buruk dalam tempoh lima tahun akan datang dan permintaan pusat jagaan tidak berdaftar akan terus meningkat.

Antara puncanya adalah cabaran ekonomi dan kos operasi taman asuhan kanak-kanak (taska) yang tidak ditangani dengan lebih baik.

SAYS.com

Presiden Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar Malaysia (PPBM), Profesor Adjung Norsheila Abdullah. (Kanan)

Image via KosmoImage via

Banyak taska berdaftar terpaksa menutup operasi dek tekanan kewangan

Menurut beliau, banyak taska berdaftar kini terpaksa ditutup kerana tekanan kewangan dan ibu bapa akan beralih ke perkhidmatan jagaan yang lebih murah tetapi tidak berdaftar.

"Apabila taska berdaftar ditutup, lebih ramai ibu bapa hantar anak kepada pengasuh yang tidak terlatih atau tidak berdaftar kerana faktor kos.

"Akhirnya kanak-kanak jadi pihak yang paling terdedah kepada risiko pengabaian dan isu keselamatan,"
katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Norsheila juga menegaskan semua individu yang menawarkan perkhidmatan jagaan kanak-kanak wajib berdaftar seperti yang telah diperuntukan oleh undang-undang.

"Tekanan kos sara hidup memang menyebabkan ada ibu bapa mencari alternatif lebih murah, namun aspek keselamatan, kebajikan dan perkembangan kanak-kanak tidak boleh dikompromi," katanya lagi.

Ramai pengusaha dilihatkan masih kurang memahami tanggungjawab perundangan berkaitan dengan kebajikan dan perlindungan kanak-kanak.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: