entertainment

Afiq Muiz Perlu Mohon Maaf/Sujud Kaki Ibu - Kakak Datuk K

Datin Zaiton Mohd Jiwa ialah penerbit terkenal dan juga merupakan pemilik Station Global Sdn Bhd yang telah menerbitkan drama-drama popular seperti Adam Dan Hawa dan Sehangat Asrama. Mesra dengan nama panggilan Kak Ton, beliau telah memberikan sedikit nasihat kepada Afiq Muiz yang merupakan artis residen syarikatnya. Antara nasihat yang diberikan oleh Kak Ton ialah Afiq harus segera memohon maaf dan sujud di bawah kaki ibunya. Kata Kak Ton kepada Utusan Malaysia:- Walau seburuk atau sejahat mana mak, dia tetap mak Afiq. Sebagai anak, Afiq harus mohon maaf dan sujud di kakinya. Afiq perlu lakukan itu dengan ikhlas bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk. Kak Ton banyak beri nasihat pada Afiq tentang hubungannya dengan mak dia. Sebagai seorang ibu, Kak Ton sedih melihat perkara ini berlaku pada Afiq dengan mak dia kerana seorang anak perlukan doa dan restu ibu untuk berjaya. Kak Ton kata pada dia, walau apa sekali perangai mak terhadap kita, sebagai anak kita perlu mengalah dan mohon maaf kerana syurga di bawah telapak kaki ibu.

Cover image via

Kakak Datuk K Nasihatkan Afiq Muiz

You may be interested in: