entertainment

AIZDEAN : Kebanggaan Malaysia di bumi Matahari Terbit

Pertama kali mendengar namanya.. Aik..macam mana nak menyebut ni? Siapa dia ni? Pemain bola sepak ke? Hebat kalau dokumentari pasal beliau boleh keluar kat MAJALAH 3. Maknanya dia bukan calang-calang orang. Lalu Cik Kiah ni sibuk la 'mengoogle' menaip namanya.. lalu..vasssss.. AIZDEAN ataupun nama sebenarnya Muhammad Aizuddin Bin Anwar merupakan artis J-POP Malaysia pertama di Jepun. Anak Malaysia yang berasal dari Selangor ini sedang mencipta nama sebagai penyanyi di sana. "Beliau yang merupakan graduan jurusan Kejuruteraan Elektronik di The University of Electro-Communications, Tokyo merupakan penyanyi pujaan ramai di negara matahari terbit itu." Whatt?? Penyanyi??? "Aizdean yang kini bergelar artis rakaman J-POP / J-R&B di bawah naungan HUDSON MUSIC ENTERTAINMENT telah mengeluarkan beberapa single. Antaranya I Need You Baby telah dimuat turun sebanyak 30,000 di Jepun. Menyingkap perjalanan seni anak muda ini, tekanan belajar telah mendorong beliau untuk mendekatkan diri dengan muzik. Bermula dengan pergi ke “lifehouse”, beliau mencari peluang untuk mendekatkan diri dengan pemuzik-pemuzik di sana. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Bermula dengan detik itu, Aizdean memulakan langkahnya sebagai penyanyi J-POP dan telah menghasilkan sebuah album yang bertajuk HADIAH -The First Step. Lebih membanggakan apabila album yang didatangkan dalam versi Jepun itu turut dipasarkan di pasaran Amerika Syarikat dan Eropah menerusi iTunes." Satu lagi anak Malaysia yang membanggakan. Tanpa kontroversi,gosip soh seh,anak ikan,ditaja datuk datin, dia terbang melangkau jauh kita. Tahniah AIZ,,AIshhh.. AIZDEAN! (Full kredit to :Blogger Budiey. I owe u!)

Cover image via

AIZDEAN:Melangkau Jauh

Unsupported video platform
Unsupported video platform
Image via blogspot.com
Image via generasia.com

You may be interested in: