entertainment

Erra Fazira Terfikir Berpindah Rumah Selepas Rumahnya Dipecah Masuk

Rumah pelakon dan penyanyi Malaysia dipecah masuk oleh dua lelaki yang tidak dikenali pada masa Erra menghantar anaknya Engku Aleesya ke sekolah pada 1 Apr 2013. Ekoran daripada kejadian ini, Erra terfikir untuk berpindah ke rumah lain - apakah yang terjadi?

Cover image via

Rumah Damansara Erra Fazira dipecah masuk

Menurut pengacara program Primadona ini, perasaan traumanya masih terasa dan membuatnya terfikir untuk berpindah ke rumah lain.

terbakor.com

Erra Fazira, "Saya dan anak (Engku Aleesya) bersama pembantu rumah tiada di rumah kerana menghantar anak ke sekolah yang baru dibuka semalam selepas cuti seminggu."

hmetro.com.my

"Kami keluar dari rumah pada jam 1 tengah hari, bagaimanapun 45 minit kemudian, saya dihubungi jiran memberitahu rumah saya dipecah masuk."

hmetro.com.my

Erra berpatah balik ke rumah tetapi pencuri tersebut sudah melarikan diri. Jirannya memberitahu kereta peronda yang kebetulan berada di kawasan itu telah mengejar pencuri itu.

gua.com.my

Ekoran daripada kejadian ini, Erra mengakui terfikir untuk berpindah ke rumah lain.

gua.com.my

Kes pecah rumah orang ternama di Malaysia

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh mengalami kerugian lebih RM100,000 selepas rumahnya dipecah masuk pada November 2012.

utusan.com.my

Rumah pelawak Imuda dipecah masuk tahun 2012, dia mengalami kerugian RM7,000, "Perompak sempat makan kuih raya & air sirap yang terletak di dapur."

rotikaya.com

Rumah keluarga pelakon Kamal Adli dipecah masuk di Bangi tahun 2011. Keluarganya mengalami anggaran kerugian bernilai lebih RM10,000.

mstar.com.my

Profil: Erra Fazira

Erra Fazira

Image via ohbulan.com

Nama sebenar Erra Fazira ialah Fazira Wan Chek. Dia berasal dari Selangor dan pernah berlakon dalam filem "Hingga Hujung Nyawa" dan "Soal Hati."

cinemamalaysia.com.my

Erra Fazira memulakan kerjayanya dalam bidang modelling sehinggalah dinobatkan sebagai Miss Malaysia/World 1992.

budiey.com

Ratu filem Melayu ini pernah menjalin hubungan dengan Awie, Yusry Abdul Halim (Yusry KRU) dan sekarang merupakan isteri kepada Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Zainal Abidin

budiey.com

You may be interested in: