Shila Amzah Jelaskan Isu Pakaian Sendat & Kepulangannya Ke Tanah Air
Shila Amzah telah mencetuskan kontroversi setelah memuat naik gambar pakaian senaman yang dianggap sebagai tidak sopan.
Kontroversi gambar pakaian senaman Shila Amzah
Shila Amzah mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila memuat naik gambar pakaian senaman yang agak sendat di laman social Instagram berkata dia tidak menyangka perkara tersebut telah mencetuskan kemarahan masyarakat.
Image via blogspot.comBaru-baru ini, Shila Amzah telah berkongsi sebuah gambar yang menunjukkan dirinya sedang bersiap-siap untuk ke gimnasium. Perkongsian tersebut telah menimbulkan kontroversi.
beautifulnara.comRatusan komen yang mengkritik Shila Amzah di Instagram
Gambar pakaian senaman Shila Amzah ada caption, "Off to the gym..Bye2:) #fitnessfreak."
Image via wp.comPenjelasan Shila Amzah mengenai isu pakaian sendat
Shila, 23, berkata dia tidak menyangka perkara tersebut telah mencetuskan kemarahan masyarakat yang menganggap gambar tersebut sebagai tidak sopan, "Tujuan sebenar saya berbuat demikian adalah untuk berkongsi dengan peminat."

"Setelah memuat naik gambar itu, saya terus tinggalkan telefon di rumah dan sejam selepas itu saya lihat ibu dan ayah hantar mesej untuk menghapuskan gambar tersebut dengan segera. Ketika itu baru saya tersedar ia sensitif."
Shila mengambil positif kejadian tersebut
Kata Shila dia mengambil positif kejadian tersebut sebagai pengajaran agar lebih berhati-hati ketika berkongsi kegiatan hariannya.

Gambar tersebut telah pun dibuang di Instagram Shila Amzah. Shila turut berkongsi beberapa keping gambar melahirkan kekecewaannya terhadap apa yang terjadi.
mstar.com.myShila Amzah menjelaskan kesihatan dan kepulangan
βSaya telah hilang 5 kilogram. Pihak pengurusan saya disana mensasarkan saya turun sebanyak sepuluh kilogram dan kini saya sedang dalam usaha ke arah itu."
Shila menyatakan yang dia pulang ke Malaysia selama 2 minggu untuk menyelesaikan beberapa perkara mengenai album terbarunya, βAlbum terbaru saya sudah pun siap, saya akan mencari tarikh yang sesuai untuk melancarkan album."
April 2013: Gambar Shila Amzah di US
Ibu Shila Amzah memberitahu, mereka telah melawat Las Vegas iaitu lokasi terakhir konsert Shila Amzah bersama peserta China's Got Talent di Amerika Syarikat selepas New York dan San Francisco.
Bendar-benda hairan yang berlaku sekitar kamu? Facebook atau Tweet us! We'll feature it on SAYS
SAYS is Malaysia's social news network. Find today's must-share stories, news and videos everyday, produced and brought to you by Malaysian social media users.
Yang terkini daripada Latest on SAYS (@SAYSdotMY). SAYS is Malaysia's social news network. Tweet us and let us know what's happening around you! We'll look into it.