Hari Pertama "KL Gangster 2" Kutip RM200k
Filem terbaru arahan Syamsul Yusof sepatutnya mula ditayangkan di pawagan pada 3 Oktober 2013. Kini, filem tersebut telah terbocor dan dimuat naik di laman Internet.
Polis serah kes sabotaj "KL Gangster 2" kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk siasatan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata polis menerima laporan berhubung kes filem arahan pengarah terkenal, Samsul Yusof, itu pada jam 4 petang Isnin lalu yang dibuat bapanya, Datuk Yusof Haslam.
yahoo.comBeliau berkata, polis sudah meneliti laporan itu dan mendapati ia lebih menjurus kepada skop siasatan SKMM dan KPDNKK, "Kita dapati ia lebih mirip kepada dua agensi terbabit dan sudah serah kepada mereka kelmarin untuk tindakan selanjutnya."
kosmo.com.my"Walaupun siasatan dirujuk kepada dua agensi berkenaan, kita masih membantu mereka untuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam memuat naik filem itu di YouTube."
malaysiakini.comVCD filem "KL Gangster 2" bernilai RM4.5 juta dijual harga serendah RM5
VCD KL Gangster 2 hanya RM5
terbakor.comFilem KL Gangster 2 terus menerima tamparan hebat apabila sindiket cetak rompak mula membuat salinan filem bernilai RM4.5 juta itu dalam bentuk cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) untuk dijual pada harga serendah RM5.
hmetro.com.my“Kita jual VCD ini RM5 saja. Ramai membelinya,” ujar seorang peniaga VCD yang mengakui filem KL Gangster 2 merupakan barang panas ketika ini.
rotikaya.com"Kepada mereka yang melakukan perbuatan cetak rompak ini, kalau mereka rasa mereka bijak menggunakan Internet, mereka kena ingat pihak berkuasa juga punya cara untuk mengesan perbuatan mereka," penerbit filem datuk Yusof Haslam
yahoo.com"Pihak kami sedang mengumpul bukti dan setakat ini sudah ada beberapa petunjuk tentang dalang tersebut namun kami tidak menuduh secara melulu, biar pihak berkuasa menjalankan siasatan mereka."
tupai.com.myFilem "KL Gangster 2" bocor ke Internet
KL Gangster 2 Bocor Di Internet: Syamsul Berkurung Di Bilik, Yusof Haslam Saman Berjuta Ringgit
terbakor.comKL Gangster 2 bocor: Pawagam jadi dalang?
terbakor.comPenerbit dan pengarah filem Datuk Yusof Haslam menyifatkan penyebaran filem terbaharu terbitan Skop Production iaitu KL Gangster 2 di Internet sebagai satu sabotaj oleh pihak tertentu.
relevansokmo.com"KL Gangster 2" dah tersebar link download full movie. Orang biasa boleh dapat filem tu dengan senang-senang sebelum wayang di Malaysia 3 Oktober 2013.
rotikaya.com"KL Gangster 2" dijadualkan ditayang di Malaysia pada hari bulan 3 Oktober
KL Gangster 2 yang menampilkan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra & Rosyam Nor di’jadualkan bakal menemui penonton pada 3 Oktober ini.
rotikaya.comPengarah Syamsul Yusof kecewa filemnya tersebar di Internet
Amaran Syamsul Yusof Kepada Penyebar Dan Download KL Gangster 2
terbakor.comSyamsul melalui laman Facebook miliknya memberi peringatan kepada individu yang memuat naik filem itu tanpa kebenaran.
ohbulan.com"KL Gangster 2"
KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai (Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu.
pencurimovie.comBenda-benda hairan yang berlaku sekitar anda? Facebook atau Tweet us! We'll feature it on SAYS
Yang terkini daripada Latest on SAYS (@SAYSdotMY). SAYS is Malaysia's social news network. Tweet us and let us know what's happening around you! We'll look into it.
twitter.comSAYS is Malaysia's social news network. Find today's must-share stories, news and videos everyday, produced and brought to you by Malaysian social media users.
facebook.com