Mizz Nina Akan Tukar Konsep Muzik Bersesuaian Dengan Imej Baru Beliau
Selepas menunaikan Haji bersama suami Noh Salleh, Mizz Nina dilihat telah pun memakai tudung.
Mizz Nina, "Saya Akan Menyanyi Di Hadapan Penonton Wanita Saja"
Mizz Nina membuat keputusan untuk mengadakan persembahan nyanyian di hadapan penonton wanita sahaja.
sinarharian.com.myKatanya, keputusan untuk tidak melibatkan penonton lelaki ketika mengadakan persembahan dibuat atas kesedaran sendiri.
sinarharian.com.my“Kini, saya ingin memberikan perhatian kepada butik dan juga syarikat produksi yang ditubuhkan sejak setahun lalu,” katanya.
sinarharian.com.myMizz Nina Tukar Konsep Muzik Bersesuaian Dengan Imej Baru Beliau
"Saya berasa bersyukur juga kerana saya diberi peluang bersama-sama dengan suami menunaikan Haji bersama kerana sebelum ini saya banyak melihat pasangan yang pergi secara berasingan."
rotikaya.com“Secara terus terangnya saya akan menukar konsep muzik saya kepada lebih perlahan dan tidak lagi seperti dahulu ini kerana saya mahu ianya lebih bersesuaian dengan pembawakan imej saya ini. Mengenai kerjaya atau single, buat masa sekarang saya ingin berehat dan menumpukan perhatian terhadap keluarga."
rotikaya.comPengurus Mizz Nina Kata, "Buat Masa Ini Dia Memang Sudah Pun Bertudung."
Penyanyi Mizz Nina mengesahkan yang dia kini sudah pun berhijab selepas pulang daripada menunaikan Haji di Mekah pada Jumaat lalu bersama suaminya vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 29.
mstar.com.my“Buat masa ini Nina masih lagi belum bersedia bertemu media untuk bercakap tentang imej barunya itu. Tetapi dia telah mengesahkan pada saya bahawa buat masa ini dia memang sudah pun bertudung,” ujar Joe Saiful, pengurus penyanyi itu.
rotikaya.comWalaupun Dilihat Bertudung, Masih Belum Ada Sebarang Pengumuman Rasmi Dari Mizz Nina
Masih belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai perkara ini. Namun menerusi akaun Instagramnya, Mizz Nina dilihat telah pun memakai tudung selepas pulang dari menunaikan haji baru-baru ini.
beautifulnara.comMizz Nina Dilihat Memakai Tudung Selepas Pulang Dari Menunaikan Haji
Mizz Nina dan Noh Salleh adalah antara mereka yang bertuah mendapat jemputan Allah untuk menunaikan haji tahun ini. Pemergian mereka tidak digembar-gemburkan dan hanya diketahui menerusi suratkhabar pada hari bulan 13 Oktober 2013.
beautifulnara.comMizz Nina Dan Suami Noh Hujan Telah Menghadiri Satu Kelas Kursus Islamik Pada Bulan September 2013
Noh Hujan sudah banyak mengikuti aktiviti keagamaan. Ini dibuktikan lagi dengan gambar mereka menghadiri satu kelas kursus Islamik iaitu kursus Albar selama tiga hari bagi memantapkan bacaan al Quran yang dimuatnaik sendiri oleh Mizz Nina melalui laman sosial mereka.
izyan.com