entertainment

Shah Jaszle rancang kahwini tunang tahun ini

Walaupun kes khalwat yang melibatkan dirinya bersama seorang bekas kakitangan bank masih lagi dalam perbicaraan, aktor Shah Jaszle telah merancang untuk mengahwini tunangnya, Redzwani Puteri pada tahun ini. "InsyaAllah jika tiada sebarang halangan, doakan kami untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun ini," ujar Shah seperti dipetik daripada laporan Sinar Harian. Pemilik nama sebenar Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin ini turut memberitahu hubungannya dengan Redzwani yang merupakan seorang doktor berjalan dengan lancar selepas menyambung kembali ikatan pertunangan mereka pada Hari Raya Aidilfitri lalu. Dalam perkembangan lain, Shah, 25, memberitahu kejadian yang menimpanya pada Mei tahun lalu tidak menjejaskan karier seninya kerana dia masih sibuk dengan jadual penggambaran yang padat. "Alhamdulillah, walaupun sedang menghadapi kes ini, rezeki saya tetap ada dalam bidang lakonan," katanya lagi. Pada 16 Mei lalu, Shah telah ditahan bersama Farah Nurizzati Salleh, 21, di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor atas kesalahan berkhalwat di Apartmen Taman Sri Subang pada jam 3.30 pagi oleh unit penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Dalam sebutan kes pada 13 November lepas, Shah yang mengaku tidak bersalah dibebaskan dengan ikat jamin RM1,500 manakala Farah telah mengaku bersalah dan diperintah oleh mahkamah untuk membayar denda maksimum RM3,000 atau penjara selamat tiga bulan jika gagal membayar. Walaubagaimanapun dalam perkembangan terbaru kes ini, rayuan yang dikemukakan oleh Shah menerusi Peguam Syarie, Ashraf Ranee pada 19 Disember untuk menggugurkan kes tersebut telah ditolak oleh Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah dan mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan diteruskan pada 8 April akan datang.

Cover image via yimg.com

Shah Jaszle bakal berkahwin tahun ini

Walaupun kes khalwatnya masih lagi dalam perbicaraan, Shah Jaszle merancang untuk mengahwini tunangnya, Redzwani Puteri pada tahun ini.

yahoo.com

Shah Jaszle bertunang pada Disember 2012

Image via bing.net

Shahz Jaszle nekad buktikan diri tak bersalah

Image via bing.net

Majlis Pertunangan Shah Jaszle Dan Redzwani Puteri

Image via bing.net

You may be interested in: